TOKOH QARI PILIHAN 

Alhamdulillah bersama kita di dalam slot TOKOH PILIHAN di mana saya akan berkongsi kepada anda latar belakang dan kehebatan qari-qari yang dipilih secara rawak berdasarkan beberapa sumber sama ada temu bual khas ataupun diambil daripada rujukan rujukan tertentu.

Maka tokoh qari pilihan saya pada kali ini adalah seorang yang amat hebat di persada negara. Beliau adalah Ybhg Ustaz Amirahman Abas. 


Ustaz Amirahman Abas merupakan penerima Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan 1433 . Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Dewan Besar, Pusat Dakwah IslamiahParoi pada 28 November 2011.

Ustaz Amirahman Abas juga merupakah qari pertama dari Negeri Sembilan yang berjaya menjadi Johan di Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa iaitu pada tahun 2011. Sejak mula penganjuran Majlis Tilawah al-Quran peringkat Kebengsaan pada 1960 dan Antarabangsa pada 1961, Qari dan Qariah dari Negeri Sembilan belum pernah mendapat johan mahupun naib johan di majlis tersebut. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya Abas bin Haji Khusasi berasal dari Kampung Legong Ulu, Rembau, Negeri Sembilan manakala ibunya Noriah Abdul Majid berasal dari Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal dari Sekolah Menengah Rendah Agama Repah, Tampin, Negeri Sembilan dan Maahad Ahmadi, Gemencheh Negeri Sembilan. Berkelulusan Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dari Universiti Malaya dan sekarang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan. Mendapat didikan al-Quran dari qari qari tersohor negara, dan beliau sering muncul di kaca televisyen seperti rancanga Tilawah Interaktif di RTM 1, Surah Pilihan, Bismillah dan Akademi Al-Quran di TV 9.

Antara penglibatan beliau di dalam bidang Tilawah al-Quran ialah meraih gelaran naib juara Akademi al-Quran Tv9 pada tahun 2006, Johan Qari Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan (2007, 2008, dan 2009), Johan Qari Peringkat Negeri Sembilan (2011, 2013, dan 2014), Johan Qari Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa (2011), serta Johan Qari Peringkat Antarabangsa di Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran kerajaan Kuwait (2014). Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Tilawah Antarabangsa anjuran Kerajaan Iran pada tahun 2008, Hakim Tilawah Afrika Selatan di Cape Town pada 2010, Hakim Tilawah Thailand di Bangkok pada 2012, disamping sering diundang sebagai Qari Jemputan seperti di Singapura pada tahun 2011, 2012, dan 2013, Brunei pada tahun 2012 dan 2015, serta di Vienna, Austria pada tahun 2009 dan 2014. Mulai tahun 2015, beliau telah dilantik menjadi hakim Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Kebangsaan.

Beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Ikon Guru peringkat Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013 dan Ikon Guru peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s