Hubungkait Antara Islam dan Manusia Dalam Kehidupan

 

UiTM Kampus Jasin

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

M3CS1101B

CTU101

 

TAJUK: HUBUNG KAIT MANUSIA DAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN

 

NAMA PENSYARAH
 

CIK SHARIPAH AMIRAH BINTI HAJI ABAS

 

PENSYARAH,

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KOTEMPORARI

 

 

 

BIL. NAMA PELAJAR NOMBOR PELAJAR
1. MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHD SHEFEE 2017254292
2. MUHAMMAD ADLIL AFIQ BIN SAZALI 2017262538
3. AHMAD ISKANDAR HARIANJA BIN SAUT 2017240692
4. MUHAMMAD HARITH HAMZIE BIN ABDUL LATIF 2017262116

 

 

INDEKS

 

 

 

BIL. KANDUNGAN LAMPIRAN
1. PENGHARGAAN 1
2. TAARUF AHLI KUMPULAN 2 – 5
3. PENGENALAN 6 – 11
3.1 HUBUNGAN AGAMA DAN MANUSIA 12 – 14
3.2 LATAR BELAKANG AGAMA ISLAM 15 – 19
4. ISLAM ADALAH AGAMA FITRAH 20 – 24
5. ISLAM SEBAGAI PENDINDING MANUSIA DARIPADA KEBATILAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 25 – 37
6. ISLAM SEBAGAI PEMBENTUK KESEMPURNAAN KEPERIBADIAN MANUSIA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN 38 – 55
7. KESIMPULAN AKBAR 56
8. DAFTAR PUSAKA/ RUJUKAN 57 – 58

 

 

 

 

 

 

PENGHARGAAN

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha  Pengasih, bersyukur kehadrat ilahi dengan  limpah kurniaan-nya. Kami berpeluang menyiapkan tugasan berkumpulan yang diberikan dengan jayanya. Tanpa pertolongan dari yang Maha Esa, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Kami juga amat berterima kasih kepada pensyarah kami, Cik Sharifah Amirah Binti Haji Abas  yang telah banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar yang tidak putus-putus sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Kami juga amat berterima kasih kepada ibu bapa dan sahabat handai kerana tidak pernah kenal erti putus asa memberikan semangat agar kami mampu menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pada mula, banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang proses pencarian maklumat  berkaitan tajuk ini apabila kami perlu bersusah payah dalam mencari kitab-kitab, artikel-artikel dan pelbagai lagi bahan bacaan untuk dijadikan bahan rujukan kami. Cabaran yang kami lalui ini bukanlah penghalang atau pematah semangat buat kami untuk mengalah tetapi cabaran inilah yang menjadi pembakar semangat buat kami untuk meneruskan tugasan ini sehingga selesai. Dengan berkat pertolongan sahabat yang tidak pernah berputus asa dan bermasam muka apabila diminta untuk memberi bantuan, tugasan yang diberikan makin mudah untuk dilaksanakan. Setelah melalui segala kesulitan dan cabaran tersebut, maka tugasan yang diberikan ini berjaya kami siapkan. Semoga hasil kerja kami ini kelak bakal menjadi rujukan pula kepada ummah pada masa hadapan kelak. Jazakumullah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TAARUF AHLI KUMPULAN

Nama diberi oleh kedua ayahanda dan bonda adalah Muhammad Zulhilmi Bin Mohd Shefee yang bererti kesabaran dan kesopanan. Lahir di Kuala Terengganu pada tanggal 23 Februari 1999 dan kini pada umur 18 tahun sedang menyambung pelajaran peringkat diploma dalam bidang sains komputer di Universiti Teknologi Mara Kampus Jasin, Melaka.

 

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu, Sabah sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), Putrajaya dalam bidang sains tulen. Bakat dan ketekunan beliau dalam bidang agama mula menonjol ketika zaman persekolahan menengah apabila beliau dilantik menjadi Presiden Badan Dakwah dan Kerohanian sekolah. Beliau juga meraih pencapaian yang cemerlang dalam beberapa pertandingan musabaqah yang disertainya antaranya ialah menyandang gelaran johan dalam Majlis Tilawah Quran Petronas Sabah pada tahun 2009, 2010 dan juga 2011, johan Majlis Tilawah Quran Petronas Borneo pada tahun 2011, johan Majlis Tilawah Quran Petronas Kuala Lumpur 2016 dan naib johan Majlis Tilawah Quran Sekolah-Sekolah peringkat Putrajaya pada 2016.

 

Beliau sudah menuntut ilmu seni tarannum Al-Quran dengan beberapa orang guru tersohor tanah air. Bermula daripada ajaran ibunya, Zakiah Binti Yasok, beliau terus mencari beberapa guru lain untuk memperkasakan lagu ilmu tarannum yang sudah dipelajari. Sebahagian  daripada guru-guru beliau antaranya ialah Ybhg. Ustaz Amirahman Abas, Ybhg, Ustaz Anuar Hasin, Ybhg. Dato Mokhtar Rapok, Ybhg. Ustaz Syamsol Abu Hasan As-Shaari, dan Ybhg. Ustaz Shazerri Che Dauh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama penuh beliau adalah Ahmad Iskandar Harianja Bin Saut Martute Harianja. Beliau lahir pada 2 Oktober 1999 di Hospital Kuala Lumpur. Pada umur beliau kini 18 tahun, beliau sedang menyambung pelajaran peringkat diploma dalam bidang sains computer di Universiti Teknologi Mara Kampus Jasin, Melaka.

 

Beliau memulakan pelajaran peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, Kuala Lumpur dan kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Permai, Kuala Lumpur. Kelebihan diri beliau mula diasah di peringkat sekolah dalam bidang sukan apabila beliau terpilih untuk mewakili daerah beliau dalam permainan bola tampar. Bukan sahaja bola tampar, beliau juga merupakan seorang pemain bolasepak yang handal dan digeruni pihak lawan. Beliau merupakan wakil sekolah dalam permainan bolasepak dan telah berpengalaman bermain di beberapa pertandingan kompetitif.

 

Bakat dan kelebihan beliau bukan sahaja di dalam bidang sukan dan permainan malah beliau juga seorang yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi. Ketika menuntut di Tingkatan 4, beliau telah membuka mata ramai pihak apabila berjaya dilantik menjadi ketua kelas dan oleh kerana kecemerlangan beliau menjalankan tugas, beliau sekali lagi dilantik menjadi ketua kelas pada tahun berikutnya. Tidak dilupakan, beliau juga bergiat aktif dalam kokurikulum apabila telah dilantik menjadi naib pengerusi kadet bomba sekolah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama yang paling baik telah diberikan oleh kedua ibu bapa, Muhammad Adlil        Afiq Bin Sazali, lahir pada tanggal 30 Julai 1999 di Hospital Kajang, Selangor. Pada umurnya kini yang menjejak 18 tahun, beliau sedang melanjutkan    pelajaran di peringkat diploma dalam bidang sains computer di Universiti Teknologi MARA Kampus Jasin, Melaka.

 

Zaman pendidikan rendahnya bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Seremban sebelum melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban. Beliau amat terkenal dengan ketokohannya dalam kalangan pelajar sekolah kerana beliau merupakan Ketua Pemimpin Pelajar yang tegas dan berdisiplin. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan pembawa Anugerah Kepimpinan Terpuji 2016 dan dengan kesemua pencapaian itu beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Sahsiah Terpuji 2016. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip rukun islam dalam kehidupan seharian, beliau tidak suka membuang masa tanpa perkara yang berfaedah. Oleh yang demikian, beliau aktif menceburkan diri dalam kegiatan kokurikulum sekolah dengan menyertai Kelab Bola Keranjang sekolah dan akhirnya dilantik menjadi Pengerusi tidak lama kemudian. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan setiausaha kelab catur sekolah.

 

Kehebatan dan bakat diri terus dicungkil oleh beliau melalui penglibatan dalam pelbagai program anjuran organisasi-organisasi luar. Antaranya, beliau pernah menyertai Kem Hebat Pemimpin 2013, 2014, 2015 dan 2016. Selain itu, beliau juga pernah meraih naib johan peringkat daerah dalam Karnival Sains dan Teknologi Solar Boat pada tahun 2015 dan tempat ke-4 dalam peringkat negeri pada tahun 2016.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama penuh beliau Muhammad Harith Hamzie Bin Abdul Latif. Perawan berwajah tampan ini lahir pada tanggal 23 Ogos 1999 di Klinik Tawakal Kluang, Johor Darul Takzim. Anak jati Johor ini membesar dan mengenal warna warni kehidupan di Pusat Pentadbiran Negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Mula melangkah ke alam persekolahan yang penuh mencabar dengan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), Putrajaya sebelum menerjah masuk ke dunia pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1).

 

Mengekalkan sikap merendah diri dan tenang, beliau tidak terlalu ghairah untuk menonjolkan diri pada zaman persekolahnnya. Namun, beberapa jawatan yang disandangnya seperti Bendahari Kadet Polis Sekolah sudah cukup untuk menggambarkan betapa berdedikasinya beliau di dalam tugas.

 

Walaupun tidak terlalu gemar bersukan, itu tidaklah menjadi penghalang kepada beliau untuk bergiat langsung di dalam sebarang permainan. Harith pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan kawad kaki peringkat Negeri Putrajaya serta beliau juga pernah mewakili sekolahnya juga di dalam Kejohanan Ten Pin Boling MSSM Peringkat Putrajaya.

PENGENALAN

Pengertian bagi perkataan agama telah menarik perbahasan daripada ratusan ilmuan masa kini. Kesemuanya membentangkan teori dan hujah tentang asal usul perkataan agama. Namun, terdapat dua pendapat yang digunapakai secara meluas dalam membahaskan makna perkataan agama tersebut. Pertama, menurut bahasa Sanskerta ataupun Sanskrit, agama membawa maksud tidak kacau (A = tidak, Gama = Kacau) dengan kata lain, agama merupakan pedoman hidup yang dapat membebaskan manusia daripada kekacauan. Menurut pandangan yang kedua, secara etimologis kata agama turut berasal dari bahasa Sanskerta namun perbezaan pengertian terdapat pada perkataan Gama. Menurut erti lain bahasa Sanskerta, perkataan agama ini tersusun daripada kata A dan Gama. A bererti tidak dan Gama pula bererti berjalan atau berubah. Jadi agama bererti tidak berubah. Demikian juga menurut H. Muh. Said di mana pendapat beliau turut serta disokong oleh pendapat sama daripada Harun Nasution yang mengemukakan, bahawa agama berasal dari bahasa Sanskrit. Menurutnya, satu pendapat mengatakan bahawa kata itu tersusun dari dua jata iaitu A = tidak, dan Gama = pergi. Dengan demikian agama bererti tidak pergi atau tetap di tempatnya.[1] Di dunia Barat, terdapat suatu istilah umum untuk pengertian agama ini, iaitu religi, religie, religion[2], yang bererti melakukan suatu perbuatan dengan penuh penderitaan atau bermati-matian, perbuatan ini berupa usaha atau sejenis peribadatan yang dilakukan berulang-ulang. Istilah lain bagi agama ini yang berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘addiin’ yang bererti hukum, perhitungan, kerajaan, kekuasaan, tuntutan, keputusan dan pembalasan. Kesemuanya itu memberikan gambaran bahawa ‘addiin’ merupakan pengabdian dan penyerahan, mutlak dari seorang hamba kepada Tuhan penciptanya dengan upacara dan tingkah laku tertentu sebagai manifestasi ketaatan tersebut. (Moh. Syafaat, 1965).

 

Dari sudut sosiologi, Emile Durkheim (Ali Syaria’ti, 1985:81) mengertikan agama sebagai suatu kumpulan keyakinan warisan nenek moyang dan perasaan-perasaan peribadi suatu peniruan terhadap modus-modus, ritual-ritual, aturan-aturan, konvensi-konvensi dan praktik-praktik secara social telah mantap selama generasi demi generasi. Sedangkan menurut M. Natsir, agama merupakan suatu kepercayaan dan cara hidup yang mengandungi faktor-faktor antara lain:

  1. Percaya kepada Tuhan sebagai sumber dari segala hukum dan nilai-nilai hidup.
  2. Percaya kepada wahyu Tuhan yang disampaikan kepada rasulnya.
  3. Percaya dengan adanya hubungan ini dapat mempengaruhi kehidupan sehariannya.
  4. Percaya dengan ibadat sebagai cara mengadakan hubungan dengan Tuhan
  5. Percaya kepada keredhaan Tuhan sebagai tujuan hidup di dunia ini.

Jika diteliti pengertian agama menurut istilah pula, tidak ada pengertian agama itu yang benar benar memuaskan. Oleh yang berikut, akan kami bentangkan bebrapa pendapat daripada pakar-pakar yang sudah pastinya datang daripada pelbagai sudut kepakaran dan pandangan mereka masing-masing. Beberapa definisi pengertian agama yang dimaksudkan adalah sebagai berikut:

  1. Frazer[3] berpendapat bahawa agama adalah sebagai perdamaian atau tindakan mendamaikan dari kuasa-kuasa atas kepada manusia yang mana dipercayai megatur dan mengawal alam raya kehidupan manusia.

 

  1. Malfijt [4] pula mengemukakan bahawa agama adalah system interaksi kepercayaan dan perbuatan yang disasarkan atas adab-istiadat suatu masyarakat yang secara bersama-sama percaya kepada kuasa supernatural yang suci

 

  1. Sementara itu pula, Taib Thahir Abdul Mu’in mengemukakan pengertian agama sebagai suatu peraturan Tuhan yang mendorong jiwa seseorang yang mempunyai akal untuk mengikuti peraturan tersebut atas kehendak dan pilihannya sendiri untuk digunakan sebagai jalan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

 

Sejak dulu lagi sehinggalah ke hari ini, terdapat ramai  sarjana dan ilmuan yang mempelajari agama menurut cabang-cabang ilmu masing-masing, Mereka berusaha mengkaji agama dari pelbagai sudut dan aspek keilmuan. Tylor misalnya, beliau memulakan kajian terhadap agama dengan meneliti secara sederhana dan tidak menyeluruh tanpa memberikan penelitian terhadap fungsi agama itu. Hasil kajian sederhana beliau itu, beliau berpendapat bahawa agama pada awalnya berasal daripada kesedaran manusia akan adanya jiwa. Kajian beliau ini kemudiannya diangkat menjadi teori awal tentang asal mulanya sesebuah agama oleh ramai ilmuan pada zaman beliau. Namun, berlawanan pula dengan pendapat seorang lagi sarjana iaitu Lang, di mana beliau muncul dengan teori yang berbeza daripada teori Tylor. Lang membawa sebuah teori lain yang mana teori beliau dan teori Tylor bercanggah pada beberapa hal terutamanya dalam konsep jiwa dimana Lang mengatakan bahawa di setiap jiwa manusia ada memiliki kemampuan ghaib yang dapat bertindak-balas dengan lebih kuat dek kerana lemahnya kemampuan akal fikiran manusia yang rasional. Selain itu juga, Frazer juga gah membawa teori beliau berkenaan dengan asal mulanya agama bagi manusia. Teori Frazer tersebut dinamakan sebagai teori ‘batas akal’. Beliau menyatakan bahawa agama berasal dari keperluan dasar manusia untuk mencari sesuatu berkenaan dengan kekuatan hakiki yang ada diluar dirinya dan yang menguasai hidupnya serta alam lingkungannya, maka dari masalah itulah timbul gagasan tentang dewa, ruh-ruh dan Tuhan.

 

Dari teori-teori di atas, jelaslah bahawa agama boleh diertikan sebagai suatu kecenderungan batin manusia untuk berhubungan dengan kekuatan yang terdapat dalam alam semesta dan apa yang dikenal dan dialami oleh manusia itu sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HUBUNGAN AGAMA DAN MANUSIA

Berbicara mengenai fungsi agama bagi kehidupan manusia tidak terlepas dari tentangan-tentangan yang dihadapinya, baik secara individu mahupun masyarakat. Seperti yang telah semua maklum tentang penjelasan Tuhan dalam surah At-Tiin ayat ke-4 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”, ayat ini menggambarkan bahawa manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sempurna sekali. Manusia dilengkapi pancaindera yang dapat digunakan untuk memudahkan urusan seharian, malah manusia juga dikurniakan akal fikiran supaya mereka dapat memikirkan akan sesuatu yang terjadi.

 

Maka untuk menjawab dan berhadapan dengan tentangan dan permasalahan yang muncul di tengah-tengah kehidupan, manusia memerlukan pedoman baik secara umum atau secara khusus sebagai salah satu cara menyelesaikan segala permasalahan yang mereka tempuhi baik secara individu mahupun dalam masyarakat. Pedoman yang dimaksudkan ialah suatu aturan, undang-undang, dan hukum-hukum yang terhimpun dimana kita namakannya sebagai agama.

 

Menurut At-Thabathaba’i[5], menghuraikan beberapa peranan agama iaitu:

  1. Agama sebagai pengawal atur, dalam hal ini agama berfungsi sebagai pengawas dan pengatur terhadap perbuatan-perbuatan lahir seperti yang dimiliki oleh hukum yang dibuat oleh manusia.
  2. Agama sebagai sarana yang mendorong kejiwaan melakukan amal makruf nahi mungkar, yang dapat melahirkan seorang manusia dengan manusia yang lain saling mengawasi antara perbuatan masing-masing.
  3. Agama sebagai amaran umpama amaran seorang ayah kepada anaknya, agama menjadi peringatan kepada manusia bahawa segala tingkah laku mereka sama ada luaran atau yang tersembunyi sedang diperhatikan dan dicatat, dan diakhirat kelak akan diperiksa secara teliti.

 

Di samping itu, ada hukum akhirat yang telah ditentukan bagi semua orang yang melanggar dan meninggalkan perintah Allah, sebagaimana di `dunia ada hukum yang ditentukan oleh hukum yang dibuat manusia.

Menurut Muhammad Syaltut[6], beliau menjelaskan bahawa fungsi agama adalah sebagai wahana untuk:

  1. Mensucikan jiwa dan membersihkan hati
  2. Membentuk sikap patuh dan taat serta menimbulkan sikap dan perasaan mengagungkan Tuhan.
  3. Memberi pedoman pedoman kepada manusia dalam menciptakan kebaikan hidup secara mantap dengan cara mempererat hubungan dengan Tuhan sebagai pencipta.

 

Sejalan dengan pendapat di atas, Al-Zuhayli mengemukakan bahawa fungsi agama itu setidaknya ada tiga iaitu:

  1. Agama sebagai pelengkap kehendak rohani

Manusia adalah makhluk rohani dan jasmani. Kehendak jasmani dipenuhi dengan makan dan minum, sedangkan kehendak rohani tidak dapat dipenuhi dengan makan dan minum semata-mata, tetapi dengan iman dan aqidah yang mana kehendak ini hanya dapat dipenuhi daripada agama.

  1. Agama sebagai motivasi dalam mencapai kemajuan.

Agama sebagai pelengkap kehendak rohani berorientasikan kepada pembebasan manusia dari belenggu kehinaan, kecemasan, kebodohan, dan kebimbangan, kemudian, mengangkatnya ke tingkat kesempurnaan, keagungan dan kemuliaan. Hasilnya, nilai-nilai rohani yang diperolehi dari ajaran agama akan berperanan sebagai motor penggerak. Tenaga penggerak ini menjadi motivasi dalam menciptakan perdamaian, pembangunan, dan mengejar kejayaan dalam segala perkara.

  1. Agama sebagai pedoman hidup

Dalam hidup dan kehidupannya, manusia akan dihadapkan dengan pelbagai permasalahan dan tentangan, baik berupa ancaman kekuatan jahat dan kezaliman ataupun oleh peristiwa alami. Dalam hal ini, ajaran agama memberi ikhtiar kepada manusia agar sentiasa mengadakan hubungan dengan Tuhan, memohon pertolongan dan petunjuk dari-Nya melalui ikrar. Selain itu sikap berserah diri dan tunduk kepada-Nya, lama-kelamaan akan terbentuk sikap menerima secara ikhlas untuk tunduk dan patuh kepada hukum-hukum Tuhan.

 

Fungsi agama menurut Al-Quran pula dapat dikemukakan seperti berikut:

  1. Memberikan informasi kepada umat manusia, bahawa tuhan itu Esa, kerana itu beribadat dan taat hanya ditunjukkan kepada-Nya.[7]
  2. Mendidik manusia agar berlaku jujur dan bertindak adil dalam segala hal[8], kerana dengan jujur dan bertindak adil akan menciptakan kedamaian.
  3. Mendidik manusia agar tidak bersikap sombong dan bersifat dendam.[9]
  4. Menanamkan sifat sosial kemasyarakatan yang tinggi terhadap sesama ahlinya dengan cara mengeluarkan pertolongan berupa zakat[10], infaq, dan sedekah.[11]
  5. Mendidik dan memotivasikan pemeluk agama untuk mengamalkan sikap tolong menolong antara manusia, sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh kaum Anshar kepada kaum Muhajirin[12]
  6. Agama merupakan motivator, dinamisator, stabilator dalam diri manusia hingga dia sentiasa melakukan kebaikan dan kesadaran bahawa segala yang dilakukan pasti diketahui oleh Tuhan Maha Pencipta.[13]

 

 

 

 

 

 

 

LATAR BELAKANG AGAMA ISLAM

Sebelum Islam datang ke dunia terutama di Negara Timur Tengah wilayah Arab dikelilingi oleh dua kerajaan besar dan gah iaitu kerajaan Romawi Timur di sebelah Barat dan Persia sebelah Timur. Wilayah kekuasaan Romawi Timur mencakupi Syria, Mesir, Palestin, Turki, Asia kecil dan beberapa bahagian dari benua Eropah. Puncak kejayaan Romawi adalah pada saat kepimpinan Yustinus (483-565M). Pada masa itu terjadi peperangan antara kerajaan Romawi Timur dan Persia. Peperangan dengan Persia menyebabkan pengaruh Romawi Timur melemah sehingga saat Islam tumbuh dan kuat, wilayah-wilayah Romawi Timur itu mudah ditumbangkan dan wilayahnya masuk dalam kekuasaan agama Islam.

 

Agama Kristian adalah agama besar pada saat itu. Agama tersebut berkembang di daerah kekuasaan Romawi dan Kerajaan Konstantin mengakui bahawa agama Kristian adalah agama yang sah dan banyak dianut masyarakat dan menjadikannya sebagai agama negara mereka. Sementara itu, kerajaan Persia pula menganut agama Zoroaster. Kaisar Parwiz (590) merupakan penguasa terakhir kerajaan Persia yang mencintai kekuasaan, kekayaan, kemewahan, dan memiliki isteri yang beragama Kristian. Kaisar Parwiz pernah mengoyak surat daripada Nabi Muhammad dan menghalau utusan Rasul itu. Pada masa Kaisar Yazdigard III (634-652) memerintah kerajaan Persia, pasukan tentera Muslim dari Arab berjaya menaklukkan keseluruhan kerajaan Persia.

 

Sebelum membahas dengan lebih lanjut sejarah kemunculan Islam kami tertarik untuk membawa pembaca kembali ke keadaan masyarakat jahiliyyah Mekkah sebelum kota suci itu dibebaskan oleh baginda Nabi Muhammad SAW pada 11 Januari 630M, 20 Ramadhan tahun kelapan selepas Hijrah dan memperkasakan agama Islam yang luhur di kota itu dan membebaskan umat manusia di dalamnya daripada semua amalam-amalan jahiliyyah yang jumud dan jelas terpesong daripada keredhaan Allah taala.

 

Zaman Jahiliyyah bermula dari tempoh keruntuhan empangan Ma’arib sehingga zaman kedatangan Islam sekitar tahun 610M. Pada zaman tersebut, jelas sekali masyarakat jahiliyyah hidup dalam keadaan tidak berhala tuju kerana ketiadaan seorang pemimpin iaitu Rasul dan Nabi serta tiadanya panduan berupa kitab suci dari langit sebagai panduan hidup. Dalam erti kata yang lain, mereka hidup dalam keadaan jahil yang membawa maksud bodoh atau tidak tahu kerana mereka tidak mempunyai asas akidah yang meng-Esakan tuhan yang satu dan tidak pula mereka diberikan panduan dan syariat untuk membantu membawa kehidupan mereka kearah lebih bertamadun dan bersyariat. Kepercayaan masyarakat jahiliyyah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh masyarakat Arab manakala kepercayaan adat pula lebih kepada kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Kepercayaan adat ini tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

 

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan Agama Ardhi yang direka oleh manusia sendiri. Agama Samawi dan Agama Ardhi yang diamalkan ketika zaman jahiliyyah tersebut ialah:

  1. Agama Hanif

Agama ini diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS. Penganutnya digelar Hunafa. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi Suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan Yang Esa. Anatara tokoh yang menganut agama Hanif ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad SAW sendiri.

 

  1. Agama Yahudi

Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci iaitu Kitab Taurat. Walau bagaimanapun, golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

 

  1. Agama Nasrani

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun pengikutnya telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama Nasrani dikenali dengan gelaran Ahli Kitab.

 

  1. Agama Wathani

Majoriti masyarakat jahiliyyah menganut agama Wathani, iaitu agama menyembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya bahawa berhala dapat memberikan manfaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 3360 buah berhala disekeliling Kaabah dan antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat dan Al-Hubai.

 

  1. Agama Majusi

Agama ini digelar Zoroaster dan berasal daripada Parsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali sehari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak-anak serta adik-beradik.

 

  1. Agama penyembahan cakerawala

Mereka menyembah matahari, bulan, dan bintang serta beranggapan semua cakerawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

 

  1. Agama Animisme

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman Tuhan yang jahat.

 

  1. Penyembahan tuhan padang pasir.

Penganutnya digelar Ahl-Saf (‘Ahli-Saf). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

 

Masa kedatangan Islam dimulai dengan lahirnya Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda lahir daripada keturunan keluarga bangsawan Quraisy. Baginda lahir sebagai seorang yatim kerana ayahnya Abdullah bin Abu Muthalib wafat saat berdagang dan ibunya bernama Aminah binti Wahab. Baginda nabi adalah berketurunan Nabi Ismail. Ketika berusia 40 tahun, dia diangkat menjadi Rasul dengan turunnya wahyu pertama berupa ayat Al-Quran iaitu Surah Al-Alaq ayat 1-5. Wahyu tersebut telah disampaikan oleh malaikat Jibril.

 

Nabi Muhammad pertama kali berdakwah pada bangsa Quraisy yang tinggal di Mekkah dan mengenalkan mereka kepada Allah sebagai Tuhan yang maha Esa. Beliau mengajarkan bahawa Allah adalah pencipta seluruh alam semesta, pencipta kehidupan, kematian, pemberi rezeki dan lain sebagainya. Dakwah ini awalnya dilakukan secara sembunyi-sembunyi di rumah sahabat kemudian lambat laun dakwah baginda disampaikan secara terang-terangan. Ada yang menerima dakwah tersebut dan ada yang menolaknya bahkan ingin memcederakan Nabi serta mengusir baginda daripada Mekah. Saat agama Islam diperkenalkan hanya ada 10 orang sahaja yang menganutnya. Antaranya adalah Siti Khadijah, isteri Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar, Ali Bin Abi Talib dan beberapa orang lagi.

 

Untuk mengukuhkan Islam di jiwa penganutnya pada awal kemunculan Agama Islam, baginda Nabi telah memperkenalkan d asar tauhid kepada para sahabat dan kaumnya sebagai dasar kehidupan. Baginda mengajarkan hakikat penciptaan manusia adalah untuk menyembah Allah SWT. Hal ini dimaksudkan bahawa jika seseorang telah beriman kepada Allah, maka wajib mengaplikasikan dalam kehidupan seharian termasuk untuk membela kepentingan agama dan membela Islam. Hal ini yang membuatkan para sahabat rela berjuang dan mengorbankan segalanya demi kepentingan agama Islam.

 

Dalam menyebarkan Islam seluasnya ke seluruh pelosok Arab, baginda telah menggunakan segala strategi untuk menyampaikan dakwah Islamnya. Bagi membiayai kerja dakwah Islamiyyah, Rasulullah mengajak para sahabatnya yang kaya-raya seperti Saidina Uthman Affan dan isterinya Siti Khadijah untuk menginfakkan harta mereka ke jalan Allah supaya dengan itu kerja-kerja dakwah dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan berterusan. Rasulullah juga sendiri daripada keturunan yang disegani oleh masyarakat Mekah, maka dengan itu beliau mempunyai Saidina Hamzah dan Saidina Umar Al-Khattab yang bersedia membela baginda dalam apa jua keadaan atas rasa hormat mereka kepada kedudukan keluarga baginda. Baginda juga memanfaatkan potensi dan kelebihan yang dimiliki oleh para sahabat seperti ilmuan Saidina Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit dan Abdullah bin Mas’ud demi kepentingan penyebaran agama Islam.

 

Setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, maka tugas dakwah diganti oleh pemimpin yang bukan nabi melainkan khalifah. Terdapat empat orang khalifah pertama yang menggantikan Nabi Muhammad yang digelar Khulafa Rasyidin. Mereka adalah sahabat terdekat dengan baginda nabi iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib. Tugas keempat-empat khalifah tersebut adalah untuk memastikan umat Islam tetap menjalankan perintah agama Islam yang disampaikan oleh baginda nabi.

 

Setelah berakhir zaman pemerintahan Khulafa Rasyidin, maka muncul kerajaan kerajaan Islam sesudahnya seperti Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kekuasaan Kerajaan Bani Uthmaniyyah. Kekuatan kerajaan-kerajaan tersebut meluas dengan tersebarnya pengaruh kekuasaan wilayah dan pengaruh Islam sehingga ke Eropah dan Afrika. Islam kemudian tersebar sehingga ke setiap pelosok dunia hasil usaha-usaha dakwah yang tidak terhenti dan terputus oleh para pengikut-pengikut ajaran nabi setelah kewafatan baginda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ISLAM ADALAH AGAMA FITRAH

Kata fitrah diambil dari kata fathara yang bermaksud mencipta. Sementara pakar bahasa pula menambahkan fitrah adalah ‘mecipta sesuatu pertama kali atau tanpa contoh sebelumnya’. Dengan demikian, kata tersebut dapat juga difahami dengan asal kejadian atau bawaan sejak lahir. Thahir Ibn Asyhur dalam huraiannya tentang fitrah, telahpun terdahulu mengutip pendapat pakar tafsir iaitu Ibn Athiyyah yang memahami fitrah sebagai ‘keadaan atau kondisi penciptaan yang terdapat dalam diri manusia yang menjadikannya mampu membezakan ciptaan-ciptaan Allah serta mengenal Tuhan dan syariatnya’. Fitrah menurut Ibn Asyhur adalah unsur-unsur dan system yang Allah anugerahkan kepada setiap makhluk. Fitrah manusia pula adalah apa yang diciptakan Allah dalam diri manusia yang terdiri dari jasad dan akalnya.

 

Ibnu Manzhur, seorang pakar Bahasa Arab, menyebutkan bahawa perkataan fitrah bererti sesuatu pengetahuan tentang Tuhan yang diciptakan oleh Allah bagi manusia. Ia berasal dari kata fathara yang bermaksud penciptaan awal yang belum ada contohnya sebelumnya. Di antaranya firman Allah dalam surah Fathir ayat 1 yang bermaksud “segala puji bagi Allah sebagai pencipta langit dan bumi”. Ibnu Abbas menyebutkan bahawa ia tidak mengetahui makna father al-samawati wa al-ardhi sampai pada suatu hari ia melihat dua orang arab bertengkar tentang hak pemilikan sumur. Salah seorang daripada mereka menyebutkan ‘ana fathartuha’ yang bermaksud ‘saya yang pertama membuatnya’. Pendapat di atas disokong oleh Al-Raghib Al-Ashfahaniy, seorang pakar dan penyusun kamus bahasa arab di mana beliau menyebut bahawa fitrah adalah pengetahuan keimanan yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Dalam surah Al-Zukhruf ayat ke 87 yang bermaksud “dan jika engkau tanyakan kepada mereka siapa yang menciptakan mereka, lantas mereka akan menjawab, ‘Allah!’.” Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW yang disampaikan oleh Abu Hurairah sepertimana yang dikutip olleh As-Suyuti bermaksud: Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Ibn Mandzir, Ibnu Hatim, dan Ibn Mardawaih dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak satupun bayi yang terlahir kedunia ini kecuali atas dasar fitrah. Lalu kedua ibu bapanya yang menjadikannya menganut agama Yahudi, Nasrani atau Majusi. Seperti halnya binatang yang lahir sempurna. Apakah kamu menemukan ada anggota badannya yang terpotong kecuali jika kamu yang memotongnya?” Kemudian Abu Hurairah berkata: “Bacalah fitrahatallahi (ayat 30 surah Ar-Rum). Ayat ini bermaksud: “Maka hadapkanlah wajahmu lurus kepada agama Allah, tetapkanlah fitrah Allah yang telah menciptakan manusia dengan fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah, itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” – (Quran Surah Ar-Rum ayat 30)

 

Ayat diatas menjelaskan fitrah manusia yang selalu condong untuk beragama, atau memiliki perasaan bertuhan. Pada ayat di atas, perkataan ‘hadapkanlan wajahmu’ membawa maksud adalah perintah untuk mempertahankan dan meningkatkan upaya menghadapkan diri kepada kepada Allah secara sempurna kerana selama ini kaum muslimin apatah lagi Nabi Muhammad kepada tuntutan agamanya. Dari perintah tersirat di atas, terkandung juga perintah untuk tidak menghiraukan gangguan kaum musyrikin.

 

Melalui ayat ini juga Allah menegaskan bahawa adanya fitrah keagamaan yang perlu dipertahankan oleh hambanya manusia. Bukankah awal ayat ini merupakan perintah untuk mempertahankan dan mempertingkatkan apa yang selama ini telah dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu menghadapkan wajah ke agama yang benar? Bukankah itu yang dimaksudkan oleh ayat ini sebagai fitrah? Bukankah itu yang ditunjukkannya sebagai agama yang benar? Jika demikian, ayat ini berbicara tentang fitrah keagamaan. Ayat 30 daripada Surah Ar-Rum ini menyamakan antara fitrah dengan agama yang benar, sebagaimana yang difahami dari lanjutan ayat yang menyatakan “Itulah agama yang lurus”. Jika pernyataan ini dikaitkan dengan pernyataan sebelumnya, bahawa Allah yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu, maka dapatlah kita fahami bahawa agama yang benar atau agama Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah itu.

 

Sebagai bukti bahawa adanya fitrah beragama atau fitrah ketauhidan yang diberikan kepada manusia adalah dengan adanya kesaksian manusia pada saat sebelum ia dilahirkan ke atas bumi ini. Kesaksian ini adalah menyatakan bahawa Allah itu sebagai rabb (Tuhan). Penyaksian ini Allah ceritakan di dalam Kitab Al-Quran di dalam Surah Al-A’raf ayat ke 172 yang bermaksud: Dan ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari Sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah aku Tuhanmu?” Mereka pun menjawab: “Benar! (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak akan mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (KeEsaan Tuhan)”. (QS Al-A’raf : 172)

Perkataan jiwa dalam ayat di atas menurut Ikhwan al Shafa adalah kandungan rohaniah yang mengandungi unsur langit dan nuraniah, hidup dengan zatnya, mengetahui dengan daya dan usaha, efektif secara tabiat, mengalami proses belajar, aktif di dalam tubuh, memanfaatkan tubuh serta memahami bentuk segala sesuatu. Jiwa itu satu, dan diberi berbagai nama dengan fungsinya daya-dayanya yang beragam. Sedangkan daya jiwa itu ada 3 jenis, iaitu daya jiwa tumbuh-tumbuhan, daya jiwa haiwan dan daya jiwa rasional.

 

Daya jiwa tumbuh-tumbuhan berpusat di hati, dan memiliki sifat diantaranya ialah keinginan untuk makan dan minum, menyerap, tumbuh, merasakan dan membezakan antara arah-arah yang berlainan, menyebarkan akar ke segala arah yang rendah dan tanah yang lembut, mengarahkan dahan dan ranting kea rah luas, kecenderungan, menghindari tempat-tempat yang sempit dan fizikal yang menyeksa. Jiwa haiwan berpusat di jantung, dan memiliki sifat di antaranya nafsu syahwat seksual, syahwat kepimpinan dan lain-lain. Jiwa rasional berpusat diotak memiliki sifat dan daya disamping sifat yang ada pada tumbuh-tumbuhan dan sifat yang ada pada haiwan. Sifat dan daya rasional ini memiliki hasrat untuk mendapatkan, memperluas dan memnbanggakan diri, mengembangkan ilmu pengetahuan, untuk berkarya, berseni, dan berbagai lagi. Jiwa  rasional ini memiliki akal gharizi (naluri), iaitu akal yang ada pada setiap orang yang bias ditemukan dalam wataknya sendiri tanpa melalui perantaraan. Jiwa rasional melaksanakan fungsinya yang dinisbahkan pada akal. Jiwa rasional atau akal menurut Ibnu Sina adalah kesempurnaan pertama bagi tubuh alamiah yang bersifat mekanistik, di mana pada suatu sisi ia melakukan perlbagai aktiviti ekstensial berdasarkan ikhtiar akal fikiran dan kesimpulan idea, namun pada sisi yang lain ia menghayati kepada persoalan universal.

 

Menurut Ibnu Hazm, akal adalah kemampuan membezakan yang utama dan yang dusta, melaksanakan tujuan yang baik bagi tujuan di alam keabadian. Tuntasnya, akal adalah sesuatu yang membezakan dan mampu memilih mana yang dianggap baik dan mana yang dianggap buruk. Sebagaimana yang dilakaukan oleh Nabi Ibrahim ketika mencari pengetahuan tentang Tuhan. Baginda telah ditunjukkan oleh Allah melalui akalnya tentang siapa Tuhan yang benar itu. Sehinggakan, baginda kemudian tidak termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, dan dia juga pengikut agama yang benar, iaitu agama yang mengajarkan tentang keEsaan Allah. Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa kebergantungan umat manusia terhadap kekuasaan dan pengaturan Allah adalah suatu hal yang fitrah, yang telah tertanam dalam jiwa manusia sejak ia dilahirkan. Ayat ini menceritakan saat ketika Allah menerima janji-janji dari umat manusia yang berisi pengakuan di atas ketuhanan Allah Taala. Kelak di hari Kiamat, Allah akan bertanya kepada setiap manusia tentang apa yang mereka telah janjikan itu. Meskipun di dalam Al-Quran tidak dijelaskan bagaimana bentuk pengambilan janji tersebut, namun para mufassir telah menjelaskan masalah ini. Sebahagian Mufassir menyatakan bahawa ketika benih manusia keluar dari sulbi ayah mereka dan tertanam dalam rahim ibunya, Allah telah menanamkan fitrah keimanan dan keinginan untuk mencari kebenaran kepada-Nya dan fitrah ini diberikan Allah kepada semua manusia.

 

 

Oleh sebab itu, setiap orang memiliki kecenderungan dalam hatinya untuk mengenal Allah SWT dan bergerak menuju ke jalan-Nya. Fitrah yang ditanamkan oleh Allah kepada seluruh manusia ini merupakan sebuah hujah bagi semua umat manusia bahawa kelak di Hari Akhirat, mereka tidak lagi boleh berkata, “Kami menjadi musyrik kerana mengikuti ayah-ayah kami, sehingga tidak ada lagi jalan lain bagi kami kecuali menurutinya”.

 

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman: “Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angina yang baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angina badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpa mereka, serta mereka yakin bahawa mereka sudah terkepung, maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): “Sesungguhnya jika engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur.” (QS Yunus : 22)

 

Ayat ini dapat menjadi salah satu bukti, bahawa betapa cepatnya Allah dapat merubah nikmat-Nya kepada malapetaka kepada manusia yang tidak tahu bersyukur. Dialah yang Maha Kuasa itu, tidak ada selain dia yang menjadikan kaum manusia yang tidak reti bersyukur melalui potensi yang dianugerahkan serta hokum-hukum alam yang ditetapkannya, dapat berjalan di lautan dengan berjalan kaki mahupun berkenderaan, dan menjadikan kamu telah berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa mereka, iaitu orang-orang yang ada di dalamnya dengan kekuatan tiupan angina yang baik yang dapat menghantar mereka ke destinasi yang dituju, dan dengan demikian mereka merasa tenang berlayar dan bergembira kerananya, yakni, dengan keadaan yang mereka alami itu tiba tiba berubah sekelip mata kerana selepas itu dating pula gelombang dari segenap penjuru menimpa bahtera mereka, dan ketika itu mereka menduga, dan yakin bahawa mereka terlah terkepung oleh bahaya. Lalu, mereka bersegera binasa sehingga mereka semakin lemas dan cemas. Maka, mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan diri kepada-Nya, yakni tidak mempersekutukannya, yakni bahawa hanya Allah sahaja yang dapat membantu dan menyelamatkan mereka. Dalam doa mereka berkata, “sesungguhnya jika Engkau Maha Esa lagi Maha Pengasih menyelamatkan kami dari bahaya ini, maka kami berjanji demi kekuasaanmu pastilah kami akan termasuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur”, yakni yang benar-benar menghayati dan mengamalkan kesyukuran dalam bentuk sempurna dan yang menjadikan kami wajar masuk dalam kelompok terkemuka itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ISLAM SEBAGAI PENDINDING MANUSIA DARIPADA KEBATILAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Manusia tidak boleh dipisahkan daripada akhlak, walaupun sedetik masa. Setiap perbuatannya dan amalannya atau tindakan yang diambilnya tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman baik atau jahat sama ada disedari ataupun tidak. Sebelum seseorang itu bertindak dalam satu gerak laku perbuatan atau amalan sama ada terhadap dirinya, orang lain ataupun benda lain, ia memerlukan jawapan atau fatwa dari dalam dirinya sama ada tindakan yang akan dilakukan itu baik atau jahat.

Sebelum sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab jahiliah sudah mengenali agama-agama langit seperti Kristian dan Yahudi, tetapi mereka tidak berminat. Mereka menyembah patung berhala, malaikat, jin, roh orang mati, matahari, bulan dan bintang. Dari aspek sikap, masyarakat jahiliah suka berperang. Hal ini disokong dengan melihat kepada syair yang telah didendangkan oleh seorang penyair mereka yang bernama Zuheir bin Abi Salma, “Siapa yang tidak menzalimi, kelak ia akan dizalimi”. Begitu juga kata penyair yang lain iaitu al-Qattami, “Jika tidak ada orang lain untuk dirompak, rompaklah jiran kita dan saudara kita”. Namun begitu, bukanlah semua akhlak mereka buruk tetapi terdapat juga akhlak yang bercampur aduk seperti bersabar dalam peperangan, menghormati tetamu dan menolong orang musafir memasang api sebagai panduan perjalanan di waktu malam.

Kedudukan wanita amat rendah dalam masyarakat jahiliyah. Hal ini kerana masyarakat jahiliyah menjadikan mereka sebagai barang dagangan manakala anak-anak perempuan mereka dibunuh. Sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran:

Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalan tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka lakukan itu.

(Terjemahan al-Quran Surah al-Nahl, 16: 58-58)

 

Dalam institusi kekeluargaan, terdapat beberapa sistem perkahwinan jahiliah iaitu monogami (seorang suami dan seorang isteri), poliyandri (wanita kahwin lebih dari satu), poligami (lelaki berkahwin lebih dari satu tanpa had bilangan) dan suami membenarkan isterinya digauli dengan lelaki cerdik dengan harapan anaknya jadi cerdik.

 

Kedatangan Islam telah banyak membawa perubahan ke atas masyarakat Arab jahiliah. Faktor utama terjadi demikian ialah disebabkan turunnya panduan hidup yang lengkap kepada Rasulullah memalui Malaikat Jibril iaitu al-Quran. Al-Quran telah banyak mempengaruhi masyarakat Arab jahiliah kepada suatu kehidupan yang lebih sempurna. Semua aspek kehidupan yang negative dan tidak bermoral telah diubah kepada gaya hidup yang lebih bertamadun sama ada dari sudut ibadat mahupun muamalat.

 

Al-Quran adalah kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W, ianya mengandungi petunjuk-petunjuk bagi umat manusia mencari jalan kearah keredhaan Allah. Al-Quran juga diturunkan untuk menjadi pegangan bagi mereka yang ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tidak diturunkan hanya untuk umat atau masa tertentu, tetapi untuk seluruh umat manusia dan berlaku sepanjang masa kerana ajaran-ajarannya adalah universal dan menyeluruh melingkupi aspek hidup dan penghidupan umat manusia.

 

Di dalam sumber-sumber utama rujukan umat Islam seperti Al-Quran serta sumber-sumber sekunder seperti Hadis Rasulullah mahupun himpunan fatwa Ulama terdahulu dan kini, terdapat banyak panduan dan cara yang telah disediakan untuk umat manusia menjadikan amalan hidup mereka agar sentiasa berada di dalam landasan yang tepat ke arah menjadi insan yang stabil dari segi rohani, jasmani dan emosi. Tidak hanya tertumpu kepada ibadat berupa solat sahaja, malah panduan-panduan tersebut telah diperluaskan kepada semua aspek kehidupan termasuk tatacara percakapan, muamalat, pernikahan, hidup bermasyarakat, undang-undang jenayah dan banyak lagi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Islam mampu menjadi guru yang mengajarkan segala hal yang tidak diketahui atau tidak jelas kepada anak murid mereka iaitu manusia. Islam juga mampu menjadi penghalang manusia daripada membuat perkara yang tidak baik oleh kerana wujudnya iman di hati manusia lalu mereka walaupun bukanlah seorang ahli ibadah, masih menyedari adanya Tuhan yang mengawasi dan melihat tingkah laku mereka di dunia ini. Lantas, semakin berhati-hatilah mereka dalam apa jua perkara yang ingin, sedang mahupun yang akan dilakukan.

 

AL-SIDQ (BENAR)

 

Sifat sidq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran daripada tingkah laku yang bersih dan suci. Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara antara masyarakat, tidak terkecuali sama ada dia itu seorang alim atau seorang pemimpin yang berkuasa, atau seorang hakim atau seorang saudagar sama ada lelaki atau perempuan, dewasa ataupun kanak-kanak selama mereka itu hidup dalam satu masyarakat yang saling memerlukan antara satu sama lain. Sifat ini pada hakikatnya adalah salah satu daripada sifat Allah:

 

Terjemahan: Dan siapakah (pula) yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

(Al-Nisa’, 4: 87)

Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Benarlah (apa yang difirmankan) oleh Allah.”

(Ali-Imran, 3: 95)

 

Sifat ini juga adalah sifat keistimewaan yang paling jelas bagi para Nabi dan Rasul.

Terjemahan: Dan kami jadikan mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.

(Maryam, 19: 50)

Terjemahan: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) dalam kitab al-Quran ini akan perihal Nabi Ismail, sesungguhnya ia adalah benar menepati janji, dan adalah ia seorang Rasul yang diredai di sisi Tuhannya.

(Maryam, 19: 54)

 

Lisan Sadiqiin atau lisan yang benar adalah pujian dan sanjungan daripada seluruh umat dunia atas sifat benarnya. Ketika Rasulullah menyampaikan berita tentang penurunan wahyu, buat pertama kalinya kepada Sayyidatina Khadijah r.a, Sayyidatina Khadijah mejawab: “Sesungguhnya kekanda adalah berkata benar.” Hal ini kerana baginda memang sejak kecil telah digelar dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud ‘Yang Benar’ kerana sikap nabi yang tidak pernah berdusta. Jika baginda nabi mengamalkan sikap berdusta, sudah tentu amat sukar bagi sesiapapun untuk mempercayai kata-katanya apatah lagi baginda mengaku membawa sebuah agama baru dari langit.

 

Seorang Arab Badawi telah melihat wajah Rasulullah dan dapat merasakan tanda-tanda cahaya kenabian yang bersinar di wajah Rasulullah, lalu berkata, “Demi Allah, wajah ini bukan wajah seorang pendusta!” Jelas sekali dapat kita lihat terdapat perbezaan antara manusia pendusta dengan manusia yang berkata benar. Manusia yang berkata benar diberi nur cahaya di wajah mereka oleh Allah dan sesiapapun yang melihat mereka pasti akan merasakan aura yang positif dan mampu membuat sesiapa sahaja merasa lapang dada apabila bergaul dengan mereka. Maksudnya, Rasulullah telah datang dengan kebenaran dan orang mukmin membenarkan dengan risalah atau kerasulannya, maka mereka itulah orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Allah telah menyuruh para mukmin supaya bertakwa kepadaNya, dan supaya bersama-sama dengan orang yang benar-benar dalam jihadnya, keikhlasannya, dan pengorbanannya kerana menegakkan kalimah Allah. Menggabungkan diri bersama dengan orang-orang Sadiqin akan menambahkan lagi tenaga keimanan, keyakinan, dan hidayat.

Terjemahan: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar.

(Al-Taubah, 9: 119)

 

 

Antara sifat sidq ialah menunaikan janji sama ada dengan Allah atau dengan manusia.

Terjemahan: Wahai orang yang beriman penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjiannya.

(Al-Maidah, 5: 1)

 

Menunaikan janji ialah sifat yang baik dan mulia yang menyebabkan seseorang itu dipercayai, dan boleh membawa kepada kejayaan dan kemenangan. Sesiapa yang membuat janji tetapi tidak menunaikan janjinya tanpa ada keuzuran maka ia adalah berdosa, dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri sifat munafik.

Terjemahan: Tiga perkara sesiapa yang ada padanya adalah seorang munafik, sekalipun puasa, sembahyang dan menyangka ia muslim. Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diamanahkan ia khianat. (Riwayat kebanyakan Ahli Sunan)

 

Islam sangat mengkeji sifat dusta, dan menjadikannya salah satu dari sifat orang kafir. Seterusnya telah mengancamnya dengan balasan azab seksaan yang amat pedih.

Terjemahan: Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan dengan lidah kamu, “Ini halal dan ini haram,” untuk membuat kata-kata dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan (sebaliknya) mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Al-Nahl, 16: 116, 117)

Terjemahan: Dan pada hari kiamat engkau akan melihat orang yang berbuat dusta terhadap Allah (yang merungut kesedihan itu), muka mereka hitam legam.

(Al-Zumar, 39:60)

 

Di antara sifat dusta yang paling keji ialah dusta yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak menilai tanggungjawabnya.

Terjemahan: Tiga golongan yang tidak akan dilayan cakap oleh Allah pada hari kiamat, tidak dibersihkan dan tidak dipandang oleh Allah (dan bagi mereka itu disediakan azab yang pedih: Orang tua yang berzina, Raja yang dusta dan orang fakir yang takbur.

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah)

 

Saksi dusta adalah sekeji-keji dusta: Demikian ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w:

Terjemahan: Bolehkah aku beritakan tentang sebesar-besar dosa: Menyekutukan Allah, menderhakakan kedua-dua ibu bapa, Rasulullah sedang bertongkat lalu duduk dan menyambung sabdanya: Tidakkah aku katakan, “Saksi dusta.” Rasulullah mengulangi berkali-kali sehingga kami mengatakan kehendaknya. Baginda tidak mengulang lagi.

(Riwayat sebahagian Ahli Sunan)

 

Sebagai kesimpulan, Islam dapat membentuk manusia untuk menjadi seorang yang selalu berkata benar walau dalam apa jua keadaan. Berkata benar amat penting kepada manusia kerana itulah yang menjadikan mereka lebih amanah di dalam percakapan. Apabila semua umat Islam di dunia ini mengamalkan sikap berkata benar, kita tidak akan jumpa lagi kes-kes penipuan dan pembohongan melibatkan perniagaan, pekerjaan, pemerintahan dan berbagai aspek yang lain di dalam Negara ini khususnya dan dunia secara amnya.

 

Amanah

Amanah adalah salah satu daripada sifat yang mulia yang mesti dimiliki oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai matlamat yang diharapkan dan mencapai cita-cita yang diazamkan. Kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia yang amanah atau al-amin dan kedua yang khianat atau al-kha’in. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai manakala orang khianat pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan. Seruan Islam kepada sifat amanah:

Terjemahan: Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkannya itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya.

(Al Baqarah, 2: 283)

 

Sifat amanah juga adalah salah satu unsur kesempurnaan peribadi. Daripada ‘Ubadah bin al-Samit meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Terjemahan: Berikanlah aku enam jaminan daripada diri kamu dan aku menjamin syurga untuk kamu: Berlaku benar manakala kamu berbicara; tepatilah manakala kamu berjanji; tunaikanlah manakala kamu diamanahkan; pejamkanlah mata kamu (daripada yang ditegah); peliharalah faraj kamu; tahanlah tangan kamu.

(Riwayat Imam: Ahmad Ibn Habban, al-Hakim dan al-Bayhaqi)

 

Orang yang khianat akan diisytiharkan di hadapan semua mahluk pada hari pembalasan kelak, seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabdanya,

Terjemahan: Setelah Allah mengumpulkan semua mahluk dari awal hingga akhirnya akan dikibarkan bendera hati setiap pengkhianat, lalu dikatakan: Inilah pengkhianatan si……

(Riwayat Imam Muslim dan lain-lain)

 

Jelas sekali agama Islam amat menitik beratkan amanah di dalam diri penganutnya. Dengan sikap amanah, seseorang manusia akan berhati-hati dalam segala perbuatannya. Hal ini kerana, kita sebagai umat Islam sudah pun umum mengetahui bahawa anggota badan kita seperti kaki, tangan, mulut, mata, telinga mahupun nyawa sendiri adalah amanah daripada Allah kepadanya. Maka, umat Islam wajib menjaga amanah itu sebaiknya dengan tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar hak anggota-anggota badan itu. Seorang umat manusia tidak boleh berkata dusta kerana ianya melanggar hak mulut untuk berkata benar selalu. Mereka juga tidak boleh sesuka hati mencabut nyawa sendiri kerana ianya melanggar hak nyawa yang hanya boleh diambil oleh tuan mereka iaitu Allah sendiri. Seorang Islam juga tidak boleh melangkah ke dalam pusat-pusat maksiat kerana itu sudah melanggar hak kaki tersebut yang sepatutnya hanya boleh dibawa ke masjid-masjid atau tempat-tempat yang membawa kebaikan. Dengan adanya amanah di dalam diri, kita boleh melihat seorang pemimpin Negara tidak akan berani menyeleweng duit Negara untuk kegunaan peribadi kerana perkara tersebut umpama merampas hak rakyat beliau yang lebih memerlukan duit-duit tersebut sama ada dari segi kebajikan seperti bantuan kewangan atau perubatan dan sebagainya. Tambahan lagi, jika seseorang Islam itu mempunyai sufat amanah di dalam diri, mereka tidak akan bersikap sambil lewa ataupun bersikap bermalas-malasan di dalam waktu kerja kerana mereka menyedari perbuatan itu adalah tidak amanah terhadap tugas mereka terhadap majikan seterusnya akan memberi kesan terhadap gaji bulanan yang akan diterima oleh mereka di hujung bulan kerana sudah tercampur dengan duit haram. Untuk pelajar mahupun penuntut ilmu pula, mereka akan lebih tekun mendalami ilmu dunia dan akhirat kerana mereka menyedari bahawa terdapat tugas berat perlu dipikul oleh mereka selaku pewaris pemimpin-pemimpin masa kini yang bakal mencorak hala tuju agama Islam dan Negara Islam pada masa akan datang.

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

 

Jika kita lihat kembali pada zaman masyarakat Arab jahiliah, kedudukan wanita amat rendah. Oleh kerana keadaan itu sengaja dibuat-buat oleh manusia dan merupakan penganiayaan manusia terhadap manusia berlainan jenis, maka Allah telah mengutus Rasul-Nya, Muhammad s.a.w untuk memperbaiki kepincangan dan menempatkan wanita ke taraf yang sewajarnya. Nabi Muhammad s.a.w datang dengan ajaran yang benar daripada Allah s.w.t memperbetulkan yang salah dan mengangkatkan apa-apa yang sepatutnya diangkat, meletakkan wanita dalam perundangan Islam kena pada tempat dan keadaannya. Al-Quran dan Hadith telah menentukan kedudukan yang sewajarnya bagi kaum wanita dan menjamin hak-haknya supaya tidak disalah ertikan oleh kaum lain.

 

Kaum wanita pada umumnya adalah sama tarafnya dengan kaum lelaki, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada ketikanya, undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita, khususnya ibu-ibu, lebih mulia dari kaum lelaki, jika lebih takwanya. Firman Allah:

Terjemahan: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(Al-Hujurat, 49: 13)

 

Terjemahan: Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu , baik lelaki atau perempuan ,(kerana) sebahagian kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain .

(Al-Imran,3:195)

 

Terjemahan: Kamu semua berasal dari Adam. Adam dari tanah. Tidak ada kelebihan bagi seorang Arab dengan yang bukan Arab, bagi seorang yang berkulit putih dengan yang berkulit hitam melainkan ketaqwaan kepada Allah sahaja yang berbeza. Sabda Rasulullah lagi seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Daud, al-Tarmizi dan lain-lain: “Wanita-wanita itu adalah sebahagian daripada lelaki.”

 

Dalam beberapa hal, Islam meletakkan kaum wanita, khususnya ibu-ibu, ke suatu tempat yang lebih mulia dari kaum bapa. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa’I dan Muslim:

Terjemahan: Seorang lelaki telah mengadap Rasulullah lalu bertanya, “Siapakah ya Rasulullah yang paling berhak untuk saya dampingi?” Jawab Rasulullah ,”Ibumu” sebanyak tiga kali dan kali keempat jawapannya adalah “Bapamu”. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud , “Syurga itu dibawah telapak kaki ibu”.

 

Islam telah memberikan hak sivil kepada kaum wanita sperti kedudukan tersendiri dalam menentukan nasibnya, tidak boleh dihina dan dilakukan seperti barang jualan dan mereka berhak ke atas diri mereka sendiri. Dalam mazhab Syafi`i, perempuan yang cukup umur jika dikahwinkan oleh walinya (bapa atau datuk atau sebagainya) dengan seorang yang tidak setara dengannya, maka perempuan berhak membubarkan perkahwinan itu melalui kadi

 

Dr.R.Biot dalam bukunya berbahasa Perancis yang telah diterjemahkan ke Bahasa Arab (dalam buku itu, halaman 8) antara lain telah menegaskan:

Adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa kesempurnaan hidup manusia seluruhnya perlulah menghala kepada menyuburkan perbezaan jenis manusia yang mantap. Agar lelaki mestilah menjaga sifat-sifat kelelakian mereka supaya menjadi lelaki yang sebenarnya. Dan perempuan hendaklah menjaga keistimewaannya agar terjamin kewanitaannya supaya menjadi perempuan yang sebenarya. Tanpa pengkhususan itu hidup ini akan tergugat.

 

Islam menentukan dalam undang-undang bahawa wanita hanya mendapat separuh daripada habuan lelaki dalam harta pusaka, maka perbezaan itu disesuaikan dengan kewajipannya sedangkan lelaki diwajibkan membelanjakan harta untuk orang-orang dibawah tanggungannya. Oleh itu, hak lelaki lebih dari perempuan berdasarkan kewajipannya itu. Islam telah menetapkan kewajipan, lelaki mencari nafkah untuk kepentingan rumahtangga, berdasarkan fiman Allah;

Terjemahan :Lelaki lebih bertenaga dari perempuan, sesuai dengan kejadian Allah yang melebihkan sebahagian yang lagi dan memberi nafkah mereka itu dari harta-harta mereka .

(Al-Nisa’, 4: 41)

 

 

Sebagai kesimpulan, Islam amat menjaga kedudukan wanita sebagai mulia bukannya seperti masyarakat jahiliyyah yang sewenangnya memperlakukan wanita seperti barang permainan. Dengan syariat Islam yang telahpun tersedia, maka para lelaki Islam perlu peka akan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka seperti menjaga keselamatan, maruah dan kebajikan wanita dan tidak boleh menghina dan menganiayai mereka dalam apa jua bentuk penghinaan dan penganiayaan. Jika kita lihat di Negara Barat yang tidak mengamalkan ajaran Islam, wanita sewenang-wenangnya didagangkan tanpa belas kasihan semata-mata untuk mengaut keuntungan yang lumayan. Hal ini bukan sahaja menjatuhkan martabat wanita, malah bakal membawa kepada masalah kemasyarakatan yang lebih besar seperti peningkatan dalam jumlah kelahiran bayi luar nikah, pengedaran dadah yang lebih meluas, alat-alat perubatan yang menggalak orang ramai melakukan seks tanpa ikatan yang sah dan pelbagai lagi. Namun Alhamdulillah di beberapa Negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia, wanita diangkat setaraf dengan lelaki malah mereka diberi kebebasan untuk memajukan diri mereka dengan menuntut ilmu mahupun melibatkan diri dalam pelbagai gerakan-gerakan pertubuhan.

 

 

UNDANG-UNDANG JENAYAH

 

Jenayah dalam perundangan Islam adalah nama bagi setiap perbuatan atau tindakan yang ditegah (diharamkan) oleh Syara`, sama ada mengenai harta atau jiwa atau tubuh badan. Ibn Rusyd dalam kitabnya telah membuat pembahagian jenayah kepada empat bahagian iaitu jenayah keatas tubuh badan dan nyawa sepeti mencederakan manusia atau membunuhnya, jenayah ke atas harta benda seperti mencuri, merompak, dan sebagainya. Seterusnya ialah jenayah keatas keturunan seperti zina dan jenayah terhadap maruah dan kehormatan seperti menuduh zina keatas orang yang baik budi pekerti, yang diistilahkan sebagai “qazaf”.

Agama Islam telah memperuntukkan tiga bentuk hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan iaitu Hudud, Qisas dan Ta’zir.

Hudud ialah suatu istilah undang-undang yang bererti hukuman-hukuman yang telah ditetapkan oleh syara` yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. Contoh-contoh kesalahan yang dihitung sebagai kesalahan yang membolehkan hukuman hudud dilaksanakan ialah mencuri, merompak dan berzina.

Mencuri adalah perbuatan keji yang dicela oleh Allah dan Rasul-Nya. Sesuai dengan besarnya kesalahan mencuri itu walaupun dipandang daripada sudut mana sekalipun. Maka Allah telah menetapkan hukumnya dengan firman-Nya,

Terjemahan: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Maidah, 5:38)

Allah s.w.t telah menetapkan hukumnya yang wajib dilaksanakan keatas perompak dan perosak masyarakat dan Negara sebagai satu-satunya ubat yang paling mujarab. Allah berfirman:

Terjemahan: Hanya sanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka mengganggu ketenteraman umum). (Hukuman) yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagimereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

(Al-Maidah, 5:33)

Zina dianggap sebagai sejahat-jahat jalan ; kerana menurut kitab tafsir al-Qurtubi;jalan zina adalah jalan ke neraka jahanam.Hukuman untuk penjenayah zina adalah seperti firman Allah:

Terjemahan:Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina ,hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

(Al-Nur, 24:2)

 

Pengertian Qisas dari segi bahasanya, jika dikembalikan kepada akar katanya adalah bererti sama atau seimbang. Dalam kitab tafsir al-Qurtubi, di samping Qisas itu bererti sama atau seimbang, ia juga memberi erti “mengikut jejak atau kesan”. Maksudnya hukuman Qisas akan dapat mengikut jejak penjenayah bagi dijatuhkan ke atasnya hukuman yang seimbang dengan kesalahan-kesalahannya. Dari segi istilah perundangan Islam, Qisas bererti: suatu hukuman yang ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hk manusia.

 

Perbezaan antara qisas dan hudud ialah dalam melaksanakan hukuman hudud hak Allah lebih menonjol dari hak manusia. Sedangkan qisas pula hak manusia lebih menonjol daripada hak Allah. Yang dimaksudkan hak Allah dalam hubungan ini ia hak orang ramai,atau hak masyarakat umum.

 

Kesalahan-keasalahan yang mewajibkan qisas ialah kesalahan membunuh dengan sengaja dan kesalahan mencederakan tubuh badan dengan sengaja. Hukuman bagi kedua-dua jenis keslahan itu ialah: membunuh dibals bunuh. Mencederakan hendaklah dibalas dengan mencederakan juga . Allah s.w.t berfirman:

Terjemahan: Wahai orang yang beriman diwajibkan keatas kamu melaksanakan hukuman Qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.

(Al-Baqarah, 2:178)

 

Sebelum ini, hukuman tersebut telah disyariatkan kepada para Nabi yang sebelum dari Nabi Muhammad. Allah berfirman:

Terjemahan: Dan kami telah tetapkan atas mereka dalam kitab taurat ini, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka dibalas dengan (seimbang). Tetapi sesiapa yang melapaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya, dan seisapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

(Al-Maidah, 5:45)

 

Perkataan Ta’zir dari segi bahasanya berereti mencegah tau menahan. Darisegi istilah perundangan Islam, Ta’zir bererti hukuman-hukuman yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak Allah atau hak manusia dalam setiap kesalahan manusia yang tidak dikenakan hukuman Hudud atau Kaffarah.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh manusia, apabila tidak termasuk ke dalam kesalahan hudud seperti yang diperkatakan sebelum ini maka pada umumnya ia termasuk dalam kesalahan Ta’zir.

 

Imam al-Sayuti pernah menegaskan yang bermaksud:

“Sesiapa yang melakukan maksiat yang tidak termasuk ke dalam kesalaahan hudud dan kaffarah maka hendaklah dita’zirkan”.

Ta’zir suatu jenis hukuman yang belum ditentukan bentuk dan kadarnya. Hanya ia diserahkan kepada budi bicara hakim atau qadi untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangannya. Qadi dan hakim tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman, tanpa memberi perhitungan yang wajar ke atas kesalahan yang dilakukan.

 

Tuntasnya, undang-undang Islam amat membantu untuk menyedarkan semua umat Islam bahawa mereka tidak mempunyai sebarang peluang untuk melakukan kesalahan yang berkaitan dengan agama. Setiap perbuatan yang mengambil atau melanggar hak orang lain akan diberi pengajaran berupa hukuman yang sudah sedia ada dalam syariat. Justeru, umat Islam mampu dibentuk agar sentiasa mengamalkan perkara yang baik dan diredhai oleh Allah dan berusaha menjauhkan diri daripada terbabit dalam apa jua perkara yang tidak bermoral dan tidak berfaedah. Semakin umat Islam mengawal diri daripada perkara-perkara batil, semakin dekat lah mereka kea rah keredhaan Allah dan dengan motivasi inilah umat Islam dapat mengekalkan keharmonian dan ketenangan hidup di dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERHAMBAAN

Secara umum, pada masa kedatangan Islam sistem perhambaan bukanlah suatu masalah dalam masyarakat Arab. Namun Islam merupakan agama yang menentang sistem perhambaan sekeras-kerasnya. Oleh itu, sesetengah masyarakat Arab menentang kedatangan Islam kerana Islam membasmi dan menghapuskan sistem perhambaan.

 

Islam hanya “mengharuskan” dalam bentuk yang bersifat sementara waktu sahaja sesuai dengan keadaan masa pada ketika itu; Islam datang untuk menggubal undang-undang yang akan membebaskan hamba dengan cara yang paling licin dan halus sehingga pembasmian hamba-hamba itu tidak akan dirasakan oleh kedua-dua belah pihak; pihak tuan yang memiliki dan pihak hamba itu sendiri, di samping tidak menimbulkan  krisis kepada negara.

 

Islam menegah sekeras-kerasnya ke atas para tuan dari para tuan daripada menyeksa dan menzalimi para hambanya. Setiap hamba yang terzalim berhak mengemukakan ke mahkamah pengadilan untuk mendapatkan perlindungan daripada penyeksaan tuannya. Para ahli undang-undang Islam seperti Imam Ahmad bin Hambal r.a telah menentukan hukum-hukum bahawa penyeksaan yang dilakukan kepada hamba-hamba adalah menjadi alasan kepada pembebasan hamba tersebut dengan serta merta sehingga dengan tidak memerlukan.

Islam menggubalkan undang-undang yang menyuruh, praktik, dan psikologi untuk membasmi sistem perhambaan di kalangan manusia. Menurut islam hanya dua punca sahaja yang mengharuskan perhambaan; iaitu punca keturunan dan punca perperangan. Pintu dan jalan pembebasan hamba tersebut ialah melalui saluran penting iaitu dari saluran tuannya sendiri, dari saluran diri hamba itu sendiri. Seterusnya, dari saluran pemerintah yang menjalankan hukuman dan menggubal undang-undang yang ditetapkan oleh Islam kerana kesalahan-kesalahan dan jenayah yang kerap dalakukan oleh anggota masyarakat dan dari pihak masyarakat umum. Islam telah meyambung usaha dan tenaga yang paling besar kepada tamadun manusia dalam sepanjang sejarahya tepat dan menepati prinsip ”Rahmat”, Tidak kami utuskan kau (Muhammad) melainkan untuk Rahmat pada sarwa sekalian alam.

 

Islam membuat pesanan kepada umatnya (tuan hamba) agar memberikan layanan yang baik kepada hambanya, dan meminta agar mereka itu dianggap sebagai sebahagian daripada anggota keluarganya sendiri . Terdapat ayat al-Qur`an berhubung dengan perkara ini:

Terjemahan: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat; dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan (juga) hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membangga-banggakan diri.

                                                                                                                            (Al-Nisa’, 4:36)

 

Perlindungan-perlindungan lain yang diberikan oleh Islam ialah persamaan dalam hukuman dari kesalahan dan jenayah antara hamba dan orang yang merdeka, sehinggakan hukuman dalam jenayh membunuh, menurut Imam Abu Hanifah adalah sama antara hamba dan orang yang merdeka. Seorang yang merdeka yang melakukan kesalahan jenayah membunuh hamba, hamba itu akan menerima peruntukan undang-undang sebagai orang yang merdeka juga, seperti yang tersebut dalam ayat al-Quran,

Terjemahan: Dan kami telah tetapkan atas mereka dalam kitab taurat ini, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka dibalas dengan (seimbang). Tetapi sesiapa yang melapaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya, dan seisapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

(Al-Maidah, 5:45)

 

 

Maka dengan segala penerangan di atas, kita dapat rumuskan bahawa Islam bukanlah agama yang hanya memadang kepada golongan yang kaya dan memiliki kuasa sahaja. Islam, dengan keberkatannya mengajar umat manusia amnya dan umat Islam khususnya untuk menyantuni semua orang termasuklah golongan hamba. Jika dibandingkan dengan amalan perhambaan masyarakat arab jahiliah ataupun amalan-amalan perhambaan negara-negara di dunia masa kini, jelas sekali kedudukan hamba diletakkan pada kedudukan terbawah dan dilayan seperti binatang. Banyak sekali kita dapat baca berita-berita perihal penderaan dan penghinaan terhadap golongan hamba ini di media massa. Bukan sahaja perkara ini melanggar hak-hak asasi manusia malah melanggar perintah Allah agar manusia saling berbuat baik kepada manusia yang lain. Justeru, Islam datang dengan panduan lengkap kepada penganut-penganutnya supaya mereka mempelajari selok-belok amalan perhambaan dan cuba sedaya upaya untuk tidak merampas hak mana-mana manusia walaupun berstatus hamba.

 

 

 

 

 

 

ISLAM SEBAGAI PEMBENTUK KESEMPURNAAN KEPERIBADIAN MANUSIA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN

 

(Untuk menghuraikan topik ini, kumpulan kami telah mengecilkan skop ‘kesempurnaan keperibadian’ dengan mengetengahkan satu aspek yang amat kritikal dalam usaha menyempurnakan keperibadian manusia iaitu akhlak).

 

Keperibadian individu meliputi ciri khas sesorang dalam sikap dan tingkah-laku, serta kemampuan intelektual yang dimilikinya. Seorang individu akan membawa keperibadian yang berlainan dengan peribadi individu yang lain tidak kira cemerlang atau tidak kerana setiap manusia mempunyai perspektifnya yang berbeza cuma yang dititik beratkan ialah bagaimana keperibadiannya mampu menyumbang kepada kemaslahatan diri, masyarakat dan negara. Menurut Allport, keperibadian adalah organisasi sistem jiwa raga yang dinamik dalam diri individu di mana ia menentukan keadaptasian dirinya yang unik terhadap lingkungannya. Carl Gusta Jung mengatakan, bahawa keperibadian merupakan pernyataan kejiwaan yang ditampilkan seseorang dalam kehidupannya. Secara asasnya keperibadian tidak terjadi dengan sendirinya dalam masa yang singkat atau serta merta akan tetapi perlu melalui beberapa proses kehidupan yang panjang. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi proses pembentukan kepribadian seseorang manusia tersebut samada hasil kepribadiannya itu baik, buruk, kuat, lemah, beradab atau tidak, sepenuhnya ditentukan oleh faktor-faktor yang mempengaruhi sepanjang pengalaman hidup seseorang tersebut.

Di dalam agama Islam yang bermaksud kesejahteraan ini, keperibadian diri amat penting dalam menonjol semangat akhlak yang terpuji di dalam diri seseorang. Akhlak amat berkait rapat dengan keperibadian kerana dengan permulaan perjalanan menghasilkan keperibadian yang mantap dan terpuji, bermulanya dari satu perkataan yang dinamakan akhlak yang perlu dibentuk dengan penuh kasih sayang dan dijaga dengan penuh keperihatinan. Ahklah yang mulia perlu dibentuk di dalam diri setiap Muslim supaya mampu menonjolkan atau menghasilkan keperibadian yang dituntut oleh Islam. Persoalannya, adakah mudah untuk membentuk keperibadian itu atau sukar untuk mencapainya?  Persoalan itu hanya boleh dijawab oleh tuan empunya badan. Seperti mana firman Allah di dalam Al-Quran yang berbunyi,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka” (QS.13:11)

 

Dapat disimpulkan dari ayat di atas bahawa, nasib seseorang tidak akan berubah dengan sendirinya tanpa hasil usaha dari dalam dirinya sendiri. Samada berusaha untuk kearah kebaikan atau keburukan. Jika seseorang itu amat tertarik dengan sifat akhlak yg terpuji maka memahami pengertian akhlak mulia dalam islam amatlah penting kerana pengertian suatu perkataan mampu membawa beribu makna yang tersirat yang kadang kala tidak dapat difahami oleh akal manusia. Perubahan diri kearah yang lebih baik atau tidak bermulanya dari dalam hati kerana hati berperanan penting sebagai penggerak untuk melakukan perbuatan akhlak terpuji atau buruk. Sebagai mana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a katanya: saya telah mendengar Rasulullah bersabda : “…..dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”

Jelas menunjukkan, permulaan kepribadian yang terbaik bermulanya dari hati yang jernih dari segala maksiat dan perkara-perkara yang terkutuk kerana hati yang sensitif inilah yang memainkan peranan untuk menentukan siapa diri seseorang itu. Sesungguhnya akhlak yang baik, menyebabkan kebahagiaan dunia dan akhirat, sehingga yang Maha Esa reda dan sayang padanya lalu menyebabkan dicintai oleh semua manusia di pelusuk bumi ini hanya kerana keperibadian yang terpuji itu. Sekiranya akhlak sesorang itu buruk maka bukan hanya dibenci oleh Allah, malahan dibenci oleh setiap manusia di pelusuk bumi ini. Seperti mana firman Allah yang berbunyi,

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan sombong….” (Al-Isra :37)

“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati.” (QS. Al Furqan: 63)

 

Oleh itu, keperibadian yang mulia dapat dicontohi atau di tauladani dari junjungan besar Nabi kita, yang mempunyai akhlak terpuji yang tidak dimilik oleh mana-mana manusia lain. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk membenci pendosa walaupun pendosa itu kafir sekalipun, tetapi benci la dosa yang dilakukannya itu. Ini merupakan salah satu contoh akhlak terpuji yang boleh dijadikan tauladan kepada orang ramai. Tidak ada sedikit pun cacat cela pada akhlak Nabi Muhammad SAW yang boleh dipertikaikan oleh manusia yang jahil seperti kita. Seperti mana firman Allah yang berbunyi,

Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak yang agung”.                                                                                                                             (Al Qalam : 4)

 

AKHLAK ISLAM DAN AKHLAK FALSAFAH

Seperti yang dihuraikan sebentar tadi kesempurnaan keperibadian seseorang manusia amat berkait rapat dengan akhlak yang ditonjolkan dari diri seseorang itu, akan tetapi akhlak mempunyai dua bentuk atau jenis yang boleh dipelajar iaitu akhlak Islam dan akhlak falsafah atau etika.

Akhlak Islam ialah akhlak yang bersumberkan kepada wahyu al-Qur’an dan al-Sunnah. Manakala akhlak falsafah ialah akhlak yang bersumberkan dari yang tidak kudus, tidak mutlak dan tidak tetap. Akhlak Islam juga boleh dikenali sabagai akhlak yang bersumberkan dari ke-rabbanian dari langit, manakala akhlak falsafah dikenali sebagai akhlak yang bersumberkan kemanusian dari bumi. Maka, kedua-dua akhlak ini amat penting dalam kehidupan manusia untuk membentuk keperibadian yang mantap dan dalam mencapai keindahan hidup yang hakiki dari segi keindahan insan jasmani atau keindahan insan nafsani. Kedua-dua keindahan tersebut sangat dituntut supaya dijaga, namun Islam menyuruh supaya meletakkan keindahaan insan Nafsani sebagai asas dan matlamatnya dalam proses membentuk kesempurnaan keperibadian diri sepanjang usia hidupnya di dunia ini. Hal ini kerana, keindahan insan Nafsani adalah keindahan yang kekal abadi.

Sebagai contoh yang boleh diperlihatkan ialah sesorang itu mungkin indah dari segi insan jasmaninya tetapi dari segi hakikatnya dia sangat hodoh dan hina dari segi insan nafsaninya. Dengan nilai inilah maka manusia itu akan menjadi paling rendah dari segala yang rendah. Sebaliknya mungkin sesorang itu hodoh dari segi insan jasmaninya tetapi hakikatnya sangat indah dari segi insan nafsaninya. Inilah yang perlu dibezakan oleh sesorang itu untuk membentuk keperibadian yang mantap kerana sesorang itu mungkin boleh terpengaruh dengan keindahan insan jasmani hingga terleka dengan keindahan insan nafsani. Keindahan dan kecantikan insan nafsani itu ialah kerana hiasan daripada akhlak yang indah dan mulia. Bentuk keindahan nafsani inilah yang kekal abadi selepas kematian insan Jasmaninya. Keindahan dan kesempurnaan insan yang telah dapat dibentuknya semasa hidupnya di dunia maka sejauh itulah keindahan dan kecantikan serta kesempurnaannya sewaktu dibangkit semula dalam rangka insan jasmaninya yang baru, setimpal dengan keindahan insan nafsaninya.

 

 

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

 

Kedudukan akhlak dalam Islam amatlah tinggi kerana akhlak merupakan pusat bagi pembentukan keperibadian manusia yang mantap dan cemerlang. Di dalam agama Islam, terkandung dua asasnya yang umum dan menyeluruh iaitu ‘aqidah dan syari’at atau juga boleh dikenali sebagai keimanan dan ketaatan, atau ilmu dan amal. Kedua–dua sumber ini berasakan sumber dari Allah. Dua aspek ini telah ditekankan oleh Islam dalam proses mencapai keperibadian diri yang teguh. Hal ini kerana, diri manusia memerlukan pegangan aqidah yang benar iaitu aqidah yang merangkumi ciri-ciri hakikat kebenaran, kebaikan, keindahan, kesempurnaan yang mutlak. Diri manusia juga memerlukan amal atau usaha yang selaras dan menepati dengan kehendak ‘aqidah tersebut. Kehendak dan kemahuan aqidah itu tadi dijelmakan dalam bentuk syari’at yang merangkumi semua disiplin-disiplin, peraturan-peraturan dan perundangan yang mesti dipatuhi, diikuti dan dilaksanakan oleh manusia dalam semua kegiatan hidup mereka.

Selain itu, ia juga merupakan gerak-laku amalan atau gerak-laku perbuatan yang berhubung antara sesorang manusia itu dengan yang Maha Pencipta, atau yang berhubung antara manusia dengan alam sekeliling selain daripada manusia. Dengan ikatan, kawalan dan panduan syari’at itu tadi maka terciptalah satu bentuk dan cara hidup yang selaras dengan syari’at Allah yang menepati dengan Iradah Allah.

Ini menjelaskan bahawa Islam merangkumi ‘aqidah dah syari’at yang mengandungi roh akhlak. Ini menunjukkan bahawa akhlak merupakan roh yang merangkumi semua aspek dan bidang serta semua sudut dan seginya. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam. Manakala syari’at atau sistem perundangan adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Maka matlamat atau sasaran yang hendak dicapai oleh risalah Islam dalam kehidupan seharian manusia ialah akhlak, iaitu akhlak yang terpuji yang diredai oleh Allah SWT.

Ini juga bererti Islam tanpa akhlak hanya merupakan rangka kosong yang tidak mempunyai isi atau boleh diperkatakan sebagai jasad yang tidak bernyawa atau bahan yang tidak mempunyai nilai. Demikian la juga dengan ‘aqidah Islam hanya merupakan rupa bentuk yang tidak mempunyai nilai seni dan keindahannya sekira tidak mempunyai nilai akhlak di dalamnya. Dapat kita perhatikan bahawa akhlak merupakan roh kepada agama. Roh akhlak ini merangkumi semua bidang dan sudutnya, sama ada dalam bidang ‘aqidah dan keimanan ataupun dalam bidang ibadat dan dalam muamalah. Dalam aspek ‘aqidah dan keimanan, Al-Quran telah merangkumkan iman itu dalam al-bir. Al-bir ialah sesuatu yang merangkumi segala amal akhlak, atau merangkumi segala rupa dan jenis kebaikan.

 

HUBUNGAN ANTARA AQIDAH DAN AKHLAK

 

Sudahpun akhlak ditegaskan sebagai roh yang merangkumi Islam, ‘aqidah dan syari’atnya dalam semua aspek dan bidang atau dari semua sudut dan segi, maka bolehlah kita fahami bahawa akhlak merupakan asas dalam kesuluruhan binaan Islam tidak kira dari aspek keperibadian seseorang atau kepimpinan Negara. Ia merangkumi segala aspek dalam kehidupan manusia. Menurut apa yang telah ditetapkan oleh Al-Quran secara jelas dan tegas bahawa ‘aqidah adalah asas atau ‘fondisi asasi’ dalam binaan Islam. Tanpa ‘aqidah maka tidak ada suatu pun yang dapat didirikan. Akhlak tidak terkecuali dari asas tersebut, iaitu ‘aqidah adalah asas kepada akhlak. Tanpa ‘aqidah mana mungkin sistem akhlak akan terbina. Tanpa ‘aqidah juga, tiada tempat untuk akhlak. Inilah yang ditegaskan oleh Islam, kerana akhlak tanpa ‘aqidah samalah juga seperti mahkamah tanpa hakimnya.

Perkara yang demikian dapat difahami dengan lebih mendalam dan jelas dalam hubungan antara dua rukun iman, iaitu beriman kepada Allah dan beriman kepada Hari Kiamat. Seperti mana yang di dalam ayat Al-Quran yang berbunyi,

Terjemahan: Bagi mereka yang tidak beriman kepada Hari Akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat yang Tertinggi dan Dialah juga yang berkuasa, lagi  Amat Bijaksana.

(Al-Nahl 16:60)

 

Hubungan antara dua asas keimanan tadi menunjukkan secara jelas dan tegas tentang hubungan antara ‘Aqidah dan Akhlak. Asas keimanan kepada Allah ialah dengan terbinanya ‘aqidah Islamiah, dan asas keimanan kepada Hari Akhirat ialah dengan terbinanya akhlak islamiah. Dapat kita lihat bahawa hubungan di antara dua asas keimanan ini amat penting untuk difahami dah di kaji dalam membentuk jati diri yang kuat dan teguh. Selain  itu juga, binaan akhlak yang hakiki hanya akan dapat dibina di atas asas’ aqidah atau asas metafiziknya yang haq. Namun binaan akhlaknya itu adalah binaan yang didirikan di tepi gaung yang curam yang sudah pasti akan runtuh, runtuh binaan hidupnya, sewaktu di dunia pasti membawa keruntuhan binaan hidup di akhirat. Perkara ini ditegaskan di dalam Al-Quran yang berbunyi,

Terjemahan: Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas (dasar) takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang zalim.

(Al-Taubah 9:109)

 

Ringkasnya pembentukkan akhlak Islam yang hakiki seperti yang dihendaki oleh Allah Maha Pencipta manusia, menepati dengan hakikat kemanusiannya dan hakikat kewujudan atau kehidupannya, hanya akan dapat dibina di atas tiga asas ‘aqidahnya iaitu;

 

  1. Keimanan kepada wujudnya Allah yang mencipta alam semesta ini, mencipta manusia dan mencipta hidup dan matinya. Kita juga mesti beriman bahawa Allah mempunyai sifat kesempurnaa yang Maha Mengetahui segala sesuatu tidak kira yang telah berlaku atau sedang berlaku, malahan yang akan datang serta segala perkara yang terlintas difikiran manusia tidak kira yang baik atau yang jahat.

 

 

  1. Keimanan bahawa Allah yang mencipta manusia maka Dialah yang Maha mengetahui segala hakikat diri manusia dari sekecil zarah. Maka dengan itu, Dialah yang layak dan berhak memperkenalkan hakikat diri manusia kepada manusia lain atau menunjukkan jalan baik atau jalan yang buruk, jalan yang berhak atau yang batil melalui wahyu yang diturunkan kepada utusan-Nya yang dikehendaki-Nya, di samping kelengkapan dan persediaan yang diberikan di dalam diri manusia. Jelas menunjukkan bahawas manusia telah ditakrifkan atau dipertanggungjawabkan untuk mengikut jalan yang hak, lurus dan betul serta menjauhi jalan yang sesat, batil dan buruk.

 

 

  1. Keimanan kepada wujudnya Hari Akhirat, atau Hari Kemudian, atau adanya hidup yang kekal abadi selepas mati iaitu Hari Pembalasan baik atau jahat kepada segala gerak laku amalan perbuatan yang menentukan bentuk hidupnya yang penuh nikmat atau azab. Kesemua perlakuan akan dihisab dan diberikan balasan yang setimpal melaui perbicaraan yang adil dan saksama.

 

Diatas ketiga-tiga asas inilah binaan sistem akhlak dapat didirikan. Tanpa asas ini, akhlak tidak akan mempunyai erti dan nilai dalam Islam. Dengan asas tersebut maka wujudlah yang diistilahkan sebagai “obligasi akhlak atau atau al-Iltizam al-khuluqi”. Dengan asas-asas tersebut juga sistem akhlak itu bertenaga daripada kesan mempunyai daya kekududsan dan ketinggian yang memaksa untuk dipatuhi dan diikuti, dan seterusnya teru dipraktikkan secara tepat dan teliti sama ada secara terang-terangan di khalayak ramai atau secara tersembunyi. Asas-asas inilah yang perlu dititik-beratkan dalam memupuk semangat jati diri yang kuat sebagai pemuda Islam yang tidak gentar. Sekiranya asas ini hanya dipandang enteng dan dianggap tidak penting, maka mana mungkin keperibadian yang teguh di dalam diri seseorang dapat dibina.

 

PERBEZAAN AKHLAK DAN ETIKA

 

Akhlak secara umumnya ialah sistem akhlak atau tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syara’. Sementara yang dimaksudkan dengan etika ialah sistem tingkah laku manusia yang bersumberkan selain daripada wahyu, atau lebih spesifik bersumberkan falsafah. Kedua-dua frasa tersebut mempunyai perbezaan yang jelas, antaranya:

 

  1. Akhlak yang mempunyai daya kekudusan ini menghasilkan dua perkara iaitu yang pertama adalah penghormatan kepada sistem akhlak tersebut. Dari sini lah lahirnya tenaga dalaman yang menguasai kehidupan sesorang sama ada secara jelas atau tersembunyi. Kedua, sistem undang-undang akhlak ini akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidipuan seseorang, sama ada dari sudut kebaikkan atau pon dari sudut yang buruk. Oleh hal yang demikian, ia akan memberikan kesan rasa gembira dan rasa lapang atau lega dalam jiwa sekiranya dipraktikkan dalam kehidupan seseorang tetapi sekirannya tidak, akan memberi kesan rasa sedih dan gelisah. Ini adalah disebabkan ketetapan undang-undang akhlak tadi telah menjadi sebagai pengawal dari dalam diri seseorang itu ke atas segala segala tindakannya. Perlaksanaan undang-undang akhlak itu tidak hanya melibatkan dengan “kepentingan” atau dengan masalh-masalah kemasyarakatan tetapi turut berkait rapat dengan gejala yang lebih mendapat iaitu berasa tanggungjawab den kelegaan di dalam hatinya.

 

  1. Peraturang-peraturan akhlak dapat membawa manusia itu untuk memperoleh kebahagiaan dalam hidupnya, kerana hal tersebut merangkumi kedua-dua faedahnya dari segi material atau moral. Tetapi amat berbeza dengan undang-undang etika yang tidak dapat melakukan hal sedemikian.

 

 

  1. Dari segi prinsipnya, akhlak bersifat umum dan tetap yang merangkumi had-had undang-undang daripada ciptaan manusia sama ada dari segi kesan atau tindakannya.

 

‘Aqidah memainkan peranan sebagai asas kepada pembentukkan akhlak maka ‘aqidah memikul tanggungjawab yang penting dalam bidang akhlak dalam kehidupan berkakhlak supaya menjadi motif manusia melakukan amalan yang baik. Selain itu, ’aqidah juga berperanan besar dalam menahan manusia daripada mengikut hawa nafsu. Tanggungjawab itu juga dapat dilihat penyebab utama kepada perasaan hormat-menghormati dan menjaga kemaslahatan undang-undang akhlak.

 

 

 

AL-QURAN DAN AKHLAK

 

            Segala yang terkandung di dalam Al-Quran merangkumi perkara-perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia sejagat. Al-Quran juga tersimpannya ilmu-ilmu berkaitan pembentukan akhlak diri yang terpuji yang boleh diambil dan dikaji dengan lebih mendalam. Nilai-nilai itu lah yang perlu kita ambil dan pelajari supaya dapat memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan keimanan kita kepada yang Maha Pencipta. Disini kita akan menghurai sedikit demi sedikit akhlak yang perlu ada dalam diri seseorang dalam pembentukan keperibadiannya yang mantap dan teguh.

 

  1. Al-Khayr
  • Al-khayr yang membawa erti baik atau kebaikan telah pun mendapat kesapakatan semua ahli fikir tanpa ada pengecualian bahawa al-kyar atau kebaikan adalah nilai kepada setiap amalan, tidak kira amalan yang jelas atau batin. Perkataan nilai atau dalam frasa arab al-Qimah itulah yang menilai setiap amalan, samada amalan itu baik atau buruk

 

  1. Seruan Al-Quran
  • Disebabkan kebaikan itu adalah nilai kepada segala amal perlakuan manusia, maka sewajibnya mereka bercita-cita untuk mengutamakan kebaikan dalam setiap tindakan dan gerak langkah serta berlumba-lumba untuk mencapainya. Hal ini kerana Al-Quran menyuruh umat islam agak berlumba-lumba melakukan kebaikkan dan meninggalkan perkara yang mungkar. Seperti mana yang telah disebut di dalam Al-Quran,

 

Terjemahan: dan bagi tiap-tiap umat dan arah (Kiblat) yang masing-masing menujunya, oleh itu berlumba-lumba kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kau berada maka Allah tetap akan membawa kamu sekalia (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima pembalasan), sesungguhnya Allah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Al-Baqarah: 2:148)

 

 

Allah sentiasa mengajak dan menyeru kepada kebaikan dan dijadikan sebagai salah satu daripda unsur kejayaan dan kemenangan. Seperti mana yang tertera dalam Al-Quran yang berbunyi,

 

Terjemahan: Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

(Al-Hajj: 22:77)

 

  1. Kebaikan ada khazanahnya
  • Ibn Majah meriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Terjemahan: Sesungguhnya kebaikan ini ada khazanah-khazanahnya dan khazanah-khazanah ini pula ada anak-anak kuncinya, amatlah banyak kebaikan (yang didapati) bagi seorang hamba Allah yang Allah telah jadikannya anak kunci kepada (khazanah) kebaikan dan menjadikannya pula mangsa penutup kepada kejadian. Dan amatlah celaka bagi seorang hamba yang Allah jadikan anak kunci kepada kejahatan dan bangga kepada kebaikan.

(Riwayat Ibn Majah)

 

  1. Neraca penimbang
  • Allah telah memberikan neraca penimbang antara keindahan dunia dan kecantikannya dengan kemulian sifat dan ketinggian budi. Dititik berat disini tentang kemulian itulah yang lebih kekal dan abadi. Lebih besar nilai simpanannya maka lebih berhaklah untuk diberikan perhatian dan keutamaan oleh manusia. Allah berfirman:

Terjemahan: Hartabenda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan leih baik sebagai asas yang memberi harapan.

(Al-Kahfi 18:46)

 

 

Takrif Kebaikan;

  • Kebaikan yang dituntut dan diseru oleh Allah merangkumi setiap jenis amalan soleh. Tidak kira amalan yang kecil atau yang besar. Mentaati Allah adalah kebaikan, mentaati kedua ibu bapa adalah kebaikan, berbuat kebajikan kepada manusia adalah kebaikan. Naluri atau tabiat semulajadi manusia yang bersih akan memandu manusia ke arah kebaikan. Kerana kebaikan itulah kesempurnaan diri insan yang dituntut dan dirasakan kebahagiaannya. Oleh itu segala seruan al-Quran dan Sunnah supaya beriman kepada kebaikan diberikan maksud dan takrifnya. Antara contoh kebaikan yang boleh diambil ialah ilmu dan hikmat, berdasarkan firman Allah:

 

Terjemahan: Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut aturan kejadiannya) dan sesiapa yang diberikan himat itu maka sesungguhnya ia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang mengunakan akal fikirannya.

(Al-Baqarah 2:269)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KEWAJIBAN MENDIRIKAN MASYARAKAT ISLAM

 

            Mendirikan sebuah masyarakat yang mempunyai nilai-nilai Islam di dalamnya bukanlah mudah. Cabaran dan halangan perlu diharungi tanpa mengenal erti penat lelah demi menanam nilai-nilai Islam yang mampu membawa perubahan yang drastik dalam setiap anggota masyarakat. Inilah kewajiban yang diletakkan di atas bahu setiap orang Islam. Selagi mana tanggunjawab atau tugasan itu masih belum dilaksanakan, maka selama itu la beban amanah itu tidak selesa. Dapat kita imbas kembali pada zaman sebelum hijrah, dimana masyrakat Arab hidup dalam kejahilan yang tidak dapat lagi dikawal. Penzinaan, minum arak, berjudi dan pelbagai maksiat yang lain berlaku secara berleluasa. Bukan hanya tertaluk pada masyarkat Arab sahaja, malahan kesulurahan masyarakat manusia di muka bumi ini. Pada ketika dua kuasa besar yang kuat iaitu kerajaan Rom dan Parsi sedang berada dalam persengketaan yang sangat tinggi, tindas-menindas terus berlaku dan kekejaman berlaku dimana-mana sahaja serta pada ketika itu, mana-mana kerajaan yang kuat adalah ketua bagi kebenaran dan kerajaan yang lemah hanya layak ditindas. Segala undang-undang berada pada pihak yang kuat dan terus diubah untuk kepentingan peribadi.

Sedikit sebanyak gambaran ringkas dan padat yang dapat kita imbas untuk menunjukkan kejahilan masyrakat Arab dan masyarakat manusia pada waktu ketika itu. Telah dinyatakan oleh seorang pemuda bernama Ja’afar bin Abu Talib kepada Maharaja Najasyi di Habasyah pada ketika beliau berhijrah ke sana di suatu masa dahulu pada zaman Rasulullah s.a.w katanya kepada Najasyi ketika ditanya, tentang masyarkat Arab jahiliyah:

Terjemahan: Wahai tuanku, kami adalah kaum Jahiliah yang menyembah berhala dan memakan bangkai, kami melakukan perkara-perkara keji. Memutuskan perhubungan kasih saying antara kami. Kami memusuhi jiran. Yang gagah antara kami menguasai dan penindas yang lemah.

Gambaran seperti di atas telah pun dijelaskan lagi oleh Prof. Dinson dalam bukunya “Emotion as the Basis of Civillization” antara lain kata Prof. Dinson yang membawa maksud: Dalam kurun kelima dan keenam (sebelum lahir Muhammad), dunia berada di ambang kemusnahan kerana runtuhnya nilai-nilai agama yang wujud sebagai panduan manusia, tanpa ada suatu harapan yang boleh menyelamatkan manusia ketika itu. Sejarah telah jelas menunjukkan tamadun yang dibina oleh umat manusia sebulum ini telah musnah keseluruhannnya dan umat manusia mula kembali pada zaman kegelapan. Dimana zaman kunonya, masing-masing beperang dan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain.

Pada saat-saat kucar-kacir itu, lahirlah seorang lelaki yang merupakan penyelamat bagi seluruh umat manusia dan lelaki itu ialah “Muhammad”. Di dalam Al-Quran sudah pun digambarkan keadaan masyarakat jahiliah iaitu sebagai mana Firman Allah yang membawa maksud:

Terjemahan: Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kau bermusuh-musuhan (pada masa jahiliyah dulu), lalu allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadikan kamu dengan nikmat itu (orang islamyang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada (terjatuhke dalam) neraka itu, (juga dengan nikmat Islam).

(Ali ‘Imran 3:103)

Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Arab Jahiliah pada zaman itu, berada dalam keadaan kacau bilau dan porak peranda. Bermusuh-musahan antara satu sama lain sudah menjadi kebiasaan bagi diri mereka. Disaat mereka menuju menghampiri kemusnahan dan kehancuran, pertolongan dari Allah yang Maha Penyayang telah mengutuskan Rasul-Nya Muhammad s.a.w untuk menyeru ke jalan selamat iaitu jalan yang diredai Allah, iaitu “Islam”.

 

MASYARAKAT JAHILIAH MENERIMA PETUNJUK ALLAH

 

Umat Arab yang digambarkan seperti di atas tadi, akhirnya telah menerima petunjuk Allah dan menerima Islam sebagai agama mereka dalam cara hidup mereka demi mengubah hidup mereka kea rah kebaikan. Mereka mula mengimaninya dengan sepenuh hati dan penuh yakin seperti yang difirmankan Allah:

Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul dan lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan jangalan kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain) itu mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah, dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa.

(Al-An’am 6:153)

Terjemahan: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat (kelak) daripada orang yang rugi.

(Ali-‘Imran 3:85)

Dengan iman yang benar-benar jujur, daripada hati yang telah mendapat petunjuk Allah, masyarakat Arab Jahiliyah telah berubah:

  1. Daripada menyembah berhala kepada mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Berkuasa.
  2. Daripada bermusuh-musuhan kepada kasih sayang.
  3. Daripada berperangai keji kepada luhur budi.
  4. Daripada menipu kepada ikhlas mulia.
  5. Daripada persengketaan dan peperangan kepada ketenangan dan kedamaian.
  6. Daripada penindasan kepada belas kasihan dan seterusnya daripada mundur merana kepada maju jaya.

 

Perubahan-perubahan tersebut telah menjadikan masyarakat Arab itu sebagai sebuah masyarakat Islam yang sejati. Semuanya itu tidak akan berlaku melainkan dengan rahmat Allah dan petujuk-Nya. Rahmat dan petunjuk itu dijanjikan Allah akan diberikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Firman Allah:

 

Terjemahan: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya, nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.

(Al-An’am 6:125)

 

Terjemahan: Jika demikian, tidakah orang yang telah dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk daripada Tuhannya).

(Al-Zumar 39:22)

 

Terjemahan: Dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang yang beriman ke jalan yang lurus.

(Al-Haj 22:54)

 

ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAMIAH

 

Proses membentuk sesebuah masyarkat sama juga prosesnya seperti membina sebuah bangunan. Jika semasa proses pembinaan bangunaan memerlukan asas yang kukuh begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan asas yang kukuh dan membina asasnya terdahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu, manakala jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya. Disini akan kita kupas asas-asas yang titik beratkan dalam pembinaan masyarakat.

  1. Akhlak
  • Rasulullah telah memulakan pembentukkan atau pembinaan masyarakat Islam dengan membina asas terlebih dahulu. Akhlak merupakan asa yang paling utama dalam pembentukan ini seperti yang diterangkan oleh al-Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya “Tanzin al-Islam Li-al-ijtima” yang bereti Islam menyusun masyarakat halaman 26 ialah Budi Pekerti yang Mulia (al-Akhlak al-Fadzillah). Budi pekerti atu moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang bersih hati, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Pentingnya budi pekerti yang mulia ini telahpun jelas dalam sabda Rasulullah s.a.w.

Terjemahan: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk akhlak yang terpuji.”

(Riwayat Kebanyakkan Ahli Sunnah)

 

Didalam hadis diatas jelas menunjukkan konsep menjaga akhlak yang mulia merupakan tugas utama Rasulullah s.a.w. memperbaiki akhlak dan mengajar manusia agak berperwatakan mulia merupakan tugas para Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada manusia. Usaha mengajar umat manusia mengenai akhlak mulia tidak akan terlaksana melainkan dengan ditunjukkan contoh teladannya terlebih dahulu. Dalam hal ini Rasulullah telah menjadi contoh teladan yang utama bagi membentuk akhlak mulia umat manusia. Firman Allah s.w.t,

 

Terjemahan: “Maka dengan sebab rahamat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabt dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.”

(Ali ‘Imran 3:159)

 

Rasulullah merupakan contoh teladan yang terbaik bagi umat Islam mempelajari akhlak yang mulia. Segala tingkah lakunya menjadi contoh teladan yang baik untuk diikuti oleh para sahabat dan umatnya. Akhlak mulia yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w bertujuan untuk melahirnya manusia yang baik dalam menurut ajaran Islam.

 

  1. Membentuk Peribadi Muslim
  • Hasrat untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama tidak akan terhasil tanpa adanya kepribadian yang sepatutnya. Untuk mewujudkan masyarakat sebegitu, perlulah dimulakan dengan membentuk individu-individu yang berterasakan Islam. Rasulullah sedarkan hal ini berpandukan dari petunjuk-petunjuk Allah. Usaha untuk membentuk individu yang berteraskan Islam merupakan tugasan yang perlu disegerakan kerana ia merupakan asas bagi pembentukan masyarakat yang berakhlu mulia.

 

Pembentukkan ini bertujuan untuk mengubah orang arab atau yang bukan arab kepada manusia Islam yang digelar (Muslim) yang sebenar. Dari Muslim akan menjadi mukmin yang akan menghayati seluruh ajaran Islam dimuka bumi ini disampaing berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan nilai Islam menjadi kenyataan dalam masyarakat manusia.

 

Peribadi Muslim iailah peribadi yang tersendiri, yang terbentuk dari latihan-latihan melalui ibadat. Firman Allah:

 

Terjemahan: “Maka sembahlah Allah dengan ikhlas kerana agama.”

(Al-Zumar 39:2)

 

Terjemahan: padahal mereka tidak diperintahkan menlainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya.

(Al-Zumar 39:11)

 

Keikhlasan ketika menyembah Allah akan melahir keperibadian yang teguh dan mantap. Dan dengan keteguhan peribadi itu akan lahirlah manusia yang tunduk kepada Alah dan tidak akan menjual kebaikan agamanya untuk tipu helah dunia.

 

  1. Pembinaan Tempat Ibadat
  • Apabila Rasulullah sampai di kota Madinah dari hijrahnya yang bersejarah, baginda terus mendirikan sebuah masjid yang diberi nama (masjid Quba) sebagai langkah tugasannya yang pertama. Pembinaan masjid itu telah mendapat pelabagai respon daripada pelabagai pihak antaranya, ahli politik, ahli sejarah dan ahli kaji masyarakat. Mereka mempersoal mengapa perlu dibina masjid telebih dahulu dan bukannya rumah atau tembok atau kedai untuk perniagaan.

Rasulullah s.a.w telah mendirikan masjid terlebih dahulu kerana ia merupakan ciri penting untk membangunkan masyarakat Islam. Hal ini kerana masjid yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w merangkumi segalanya-galanya. Masjid ialah rumah Allah orang yang mendirikan masjid dengan ikhlas bererti mendirikan rumah Allah dan menolong Allah serta sudah pasti akan mendapat perlindungan dan pertolongan dari-Nya. Firman Allah yang bermaksud:

 

Terjemahan: “Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (unutk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

(Muhammad 47:7)

 

Masjid yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w telah menjadi pusat pertemuan orang-orang Islam untuk urusan dunia dan akhirat. Di masjid tersebut Rasulullah banyak menerima wahyu. Di masjid itu juga Rasulullah mengajar umatnya hukum hakam agama Islam. Masjid telah menjadi mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian dan urusan perangan dan damai turut diuruskan di masjid. Ringkasnya pada zaman Rasulullah segala jenis hal diuruskan di masjid.

 

 

 

 

  1. Persaudaraan Islam
  • Sebaik sahaja orang-orang Muhajirin tiba di Madinah. Mereka disambut meriah oleh orang-orang ansar dengan hati yang terbuka. Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan kedua-dua kaun ini sebagai saudara seagama. Persaudaraan itu bukan sahaja pada kata-kata tetapi dengan perasan yang benar-benar jujur dan ikhlas. Rasulullah telah menanamkan sifat kasih sayang antara dua golongan ini bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan teguh berdiri, hingga menjadi sebuah keluarga yang besar. Suatu kumpulam manusia yang dicantumkan atas nama (Umat Wahidah). Firman Allah:

 

Terjemahan: “Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu: maka sembahlah kamu akan Daku.”

(Al-Anbiya’ 21:92)

 

Umat Islam adalah umat yang satu, semuanya bersaudara. Firman Allah:

 

Terjemahan: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu semuanya bersaudara, maka hendaklah kamu damaikan di antara dua saudara kamu, yang bertelingkah, itu dan bertakwalah kepada Allah moga-moga kamu mendapat rahmat.”

                                                                                                (Al-Hujurat 49:10)

 

Kasih sayang sesama Islam yang dihasilkan oleh persaudaraan Islam menjadi suatu sifat yang dipuji oleh Allah. Firman yang bermaksud:

 

Terjemahan: “Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan orang-orang yang bersama-sama dengannya bersikap kerasa dan tegas terhadap orang-orang kafiq (musuh Islam), tetapi sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (Umat Islam)”

(Al-Fath 48:29)

 

 

Di atas segala asas yang diuraikan tersebut maka terbinalah sebuah masyarakat yang teguh dan kuat serta masyarakat yang berdisiplan dan patuh kepada ajaran agama. Masyarakat itu yang berjaya menegakkan kebenaran dan menjunjung tinggi agama Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN AKBAR

 

Dengan izin Allah, maka kami rumuskan segala yang telah kami olahkan di dalam kesemua topik di atas melalui pandangan kami sendiri selepas meneliti semua hujah-hujah yang telah kami lampirkan. Jelaslah bahawa Islam mempunyai peranan penting kepada manusia dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini oleh kerana kesucian dan kesempurnaan syariat Islam itu sendiri yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti amalan ibadah, bagaimana hendak menjaga percakapan, panduan tentang jual-beli, larangan-larangan di dalam agama agar umatnya tidak menjadi golongan yang melampaui batas dan banyak lagi. Dipendekkan cerita, Islam ini adalah umpama jantung kepada manusia, tiadanya Islam dalam diri manusia maka kacau bilaulah kehidupan mereka kerana ketidak-adaan tempat untuk merujuk apabila tersesat di dalam perjalanan hidup. Tambahan pula, Islam adalah agama yang dijamin oleh Allah jika seseorang itu berpaut padanya, ia tidak akan dihampakan oleh Allah yang bermaksud Allah akan sentiasa memandu hidup mereka kea rah yang diredhai oleh-Nya. Setelah menjalankan kajian dan berbuah-buah buku sudah diselidiki, kami mendapati bahawa Islam adalah modul yang terbaik sekiranya ingin dijadikan panduan oleh manusia kea rah memperbaiki diri sendiri. Kepentingan akhlak yang diutamakan oleh Islam mampu menjadikan dunia ini aman damai kerana keberhasilan ajaran Islam mendidik manusia bersikap dengan sikap terpuji sama seperti Nabi Muhammad yang diangkat oleh Saidatina Aishah RA di dalam kata-katanya “Sesungguhnya akhlak Nabi itu adalah Al-Quran. Islam juga berhasil menjadi tempat rujukan bagi maslahah-maslahah berkaitan hidup bermasyarakat. Tuntutan berbuat baik sesame manusia merangkumi beradab dengan jiran atau amalan ziarah-menziarahi yang dianjurkan oleh Islam mampu menghakis sikap ego dan sombong serta riak manusia yang selama ini jelas menjadi pendorong kepada perpecahan ummah dan pergaduhan sesame sendiri. Maka, amatlah wajar sekiranya Islam dikatakan sebagai pelengkap hidup manusia dan kedudukannya amat berhubung-kait dengan manusia.

 

 

 

 

 

DAFTAR PUSTAKA/ RUJUKAN

 

  1. Aflatun Muchtar (2001). Tunduk Kepada Allah Fungsi dan Peranan Agama Dalam Kehidupan Manusia, Khazanah Buku, Jakarta.

 

  1. Ibrahim Gultom, Agama Malim di Tanah Batak., PT Bumi Aksara, Jakarta (2010)

 

  1. Abudin Nata, Metode Studi Islam, Raja Wali Press, Jakarta (2006)

 

  1. Prof Ibrahim Gultom, Agama Malim di Tanah Batak, PT Bumi Aksara, Jakarta (2010)

 

  1. Yusuf Syamsul, Psikologi Belajar Agama, Pustaka Bani Qurais, Bandung (2003)

 

  1. Amin Ahmad, Ilmu Akhlak, Bulan Bintang, Jakarta, (1968)

 

  1. H. Artani Hasbi, Membentuk Peribadi Muslim Berdasarkan Petikan Ayat Quran, PT Bina Ilmu, Kuala Lumpur, (1987)

 

  1. Abdul Aziz Harjin, Akidah sebagai landasan kepada Tamadun Islam, Biro Penyediaan Teks UiTM, Shah Alam (2000)

 

  1. Syahminan Zaini, Mengapa Manusia Harus Beragama, Kalam Mulia (1986)

 

  1. Shihab M. Quraisy, Tafsir Al-Misybah, Pesan Kesan dan Kesrasian Al-Quran, Jakarta, Volume XI (2002)

 

  1. Muhammad Abu Al-Fadhl Jamal Al-Din bin Mukarram bin Manzhur al-Afriqi al-Mishri, Lisan Al-Arab, Beirut, (1990)

 

  1. Al-Ashfahaniy Al-Gharib, Mufradat fi Alfaz Al-Quran, Dar Al-Qalam, Dubai, (2011)

 

  1. Abu ‘Abd Allah Muhammad b Ahmad al- Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam Al-Quran, (naskhah di-tahqiq oleh Hisham Syamir al-Bukhary), Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, Beirut, (2002).

 

 

  1. Najati Muhammad Usman, Jiwa Dalam Pandangan Para Filosofi Muslim, Pustaka Hidayah, Bandung, (1993)

 

  1. Dr Haron Din, Manusia Dan Islam Jilid Dua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, (2015)

 

[1] Aflatun Muchtar, Tunduk Kepada Allah, Fungsi dan Peranan Agama dalam kehidupan manusia, hal. 22

[2] Yusuf Syamsul, Psikologi Belajar Agama, hal. 1190

[3] Ibrahim Gultom, Agama Malim di Tanah Batak, hal. 15.

[4] Ibrahim Gultom, hal. 8

[5] Aflatun Muchtar, Tunduk Kepada Allah dan Fungsi Dan Peranan Agama Dalam Kehidupan Manusia, hal. 115

[6] Aflatun Muchtar, Tunduk Kepada Allah, Fungsi dan Peranan Agama dalam Kehidupan Manusia, hal. 116

[7] Surah Al-Maidah : 171, Surah Al-Muminun : 65, Al-Bayyinah : 5

[8] Surah Al-A’raf : 29

[9] Surah Al-Hijr : 35

[10] Al-Taubah : 11, Surah Al-Hajj : 78

[11] Surah Ali-Imran : 112

[12] Surah Al-Anfal : 72

[13] Surah Al-Anam : 103

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s